Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diadakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Hari apakah mesyuarat diadakan? Hari bilakah mesyuarat diadakan? Mengapa penggunaan kata tanya berbeza anata dua perkara ini? Apakah waktu sekarang?

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya dikedepankan kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah.

Ayat tanya yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)Hari perkahwinan anda bila ? atau Bilakah hari perkahwinan anda?

(ii)Mesyuarat diadakan bila? atau Bilakah mesyuarat diadakan?

 

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya:

        (i)Yang di dalam kotak itu apa? atau  Apakah yang di dalam kotak itu?

       (ii) Baju baharu saya mana? atau manakah baju baharu saya?

       (iii) yang datang semalam siapa? Atau Siapakah yang datang semalam?

       Jelasnya, kata tanya apa memerlukan jawapan nama benda, siapa memerlukan

        jawapan nama orang dan mana memerlukan jawapan nama tempat.

Tatabahasa24.02.2014
Manakah penulisan yang betul? (hingga atau dan) a. Program akan diadakan pada 22 hingga 23 Sept 2022. b. Program akan diadakan pada 22 dan 23 Sept 2022.Ayat  "Program akan diadakan pada 22 hingga 23 Sept. 2022" atau "Program akan diadakan pada 22 dan 23 Sept. 2022". Kedua-dua  perkataan "hingga" atau "dan" boleh diguna pakai dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.09.2022
Latihan itu akan diadakan dari masa ke semasaYang betul ialah latihan itu akan diadakan dari masa ke masa atau latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa.Tatabahasa20.11.2011
1. Karnival itu diadakan untuk mempopularkan permainan tradisional semula. 2.Karnival itu diadakan untuk mempopularkan semula permainan tradisional. Ayat manakah yang tepat?Ayat yang betul ialah “Karnival itu diadakan untuk mempopularkan semula permainan tradisional.”.Tatabahasa10.09.2022
Ayat manakah yang betul? A) Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum. B) Aktiviti itu diadakan untuk menjalinkan dan meningkatkan persefahaman antara kaum.Ayat yang gramatis ialah Aktiviti itu diadakan untuk menjalin dan meningkatkan persefahaman antara kaum.Tatabahasa04.06.2012
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih.Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
salam, Tuan, ingin dapatkan kepastian yang mana satu adalah betul:- Sukan Malaysia akan diadakan di Negeri Melaka atau Sukan Malaysia akan diadakan di negeri Melaka - adakan perkataan negeri harus digunakan huruf besar ataupun tidak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah - Sukan Malaysia akan diadakan di negeri Melaka. Tatabahasa23.06.2010
BILAKAH DIADAKAN KURSUS ATAU BENGKEL PENULISAN DI KAWASAN UTARAMaklumat boleh dirujuk kepada Puan Khairiyah Ghazali nombor telefon 04-5377240 atau emel dialamat kriyah@dbp.gov.my.Lain-lain27.03.2008
Kursus yang diadakan di Kem Bina Semangat sungguh bermakna bagi golongan muda. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQTiada kesalahan. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Program ini diadakan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar. atau Program ini didadakan demi memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar. Antara dia atas, ayat manakah yang lebih sesuai atau kedua-dua ayat di atas pun sesuai?

"demi' di dalam ayat tersebut membawa maksud tujuan dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat antara maksud demi ialah untuk. Oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul.

Tatabahasa26.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas