| erti perkataan aduan,(aduan awam) | Maknanya ialah hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.02.2010 |
| Mohon aktifkan perkhidmatan PRPM. Saya dapati ia tidak aktif semenjak 2 Oktober 2016. Terima Kasih | Masalah paparan PRPM telah pun diadukan kepada bahagian yang bertanggungjawab. Pihak DBP memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku. | Lain-lain | 04.10.2016 |
| definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM' | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. | Istilah | 13.11.2009 |