Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diag.no.sis] | دياݢنوسيس

Definisi : perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; mendiagnosis mengenal pasti sesuatu pe­nyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diag.no.sis] | دياݢنوسيس

Definisi : perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya: ~ yg tepat boleh dibuat dgn memeriksa calitan darah yg diambil dr haiwan yg baru mati utk menentukan kehadiran bakteria penyebab. mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; membuat diagnosis: Doktor ~ penyakit yg menjangkiti kanak-kanak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diagnosis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA DIAGNOSIS

Puan Nurul Jannah,

Makna diagnosis ialah perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya.

Makna05.05.2010
Adakah perkataan "didiagnosis" wujud dalam Bahasa Malaysia?Untuk makluman, perkataan diagnosis yang bermaksud perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya, memang terdapat dalam bahasa Melayu. Ini bermakna perkataan didiagnosis boleh digunakan mengikut konteks ayat. Contoh: Bentuk talasemia heterozigus yang tidak teruk dan mungkin tanpa gejala, biasanya didiagnosis secara kebetulan.Makna01.12.2015
Perbezaan Poliklinik dan Klinik.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.05.2009
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang ejaan. Yang manakah betul: Amniosintesis @ Amniosentesis?Istilah sasar bagi amniocentesis ialah amniosentesis dalam bidang perubatan atau biologi yang bermaksud Kaedah penebukan kantung amnion untuk mendapatkan sampel cecair amnion atau pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kerosakan kromosom pada fetus.Ejaan23.07.2019
Adakah ayat berikut betul dan jika salah sila nyatakan alasannya dan ayat yang betul. 1. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanaka autistik ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah. 2. Ini sering menyebabkan... 3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan. 4.Dari seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga-keluarga profesional. 5. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Sdr. de miraz, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

berikut diberikan ayat yang telah dibaiki untuk perhatian Sdr.

 1. Ahli keluarga perlu tabah dan sabar menghadapi kanak-kanak autistik ini. Mereka perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai bagi menghadapi masalah seperti ini. Oleh sebab  banyak perhatian perlu diberikan kepada kanak-kanak seperti ini ia mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga sendiri anak sepenuh masa di rumah.  2. Ini sering menyebabkan...  3. Dengan latihan khas, mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap-harapkan.  4.Daripada  seramai 40 kanak-kanak autistik yang pernah saya temui, hanya empat orang sahaja kanak-kanak perempuan. Autisme boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi, walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak autisme sering terdapat dalam kalangan keluarga-keluarga profesional.  5. Autisme ialah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-kanak yang mengidap penyakit seperti congentil rubella, penyakit baka phenylketonuria, sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang kelemasan sewaktu dilahirkan (perinatal asphyxia) dan kanak-kanak yang menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering dijalankan tidak menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses diagnosis.

 

Tatabahasa24.02.2009

Kembali ke atas