Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB gambar rajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rajah yg menerangkan sesuatu hal, perkara dll; gambar rajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diagram


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istillah yang sesuai untuk UML Structural diagram UML Behavioral diagram dalam bidang Teknologi Maklumat?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "UML Structural Diagram" dan "UML Behavioral Diagram" ialah Gambar Rajah Struktur UML dan Gambar Rajah Peri Laku UML.Istilah14.04.2017
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) Diagram vs Figure - bolehkah diagram diterjemah kepada 'gambar rajah' manakala figure kepada 'gambar' atau kedua-duanya sama? 2) Boulder vs Rock vs Stone - bagaimana hendak bezakan terjemahannya dalam BM kerana semuanya bermaksud batu. 3) Bats vs Clubs - bukankah kedua-duanya bermaksud kayu pemukul? Adakah terjemahan lain yang boleh membezakan antara dua perkataan ini?Dalam data rujukan kami, perkataan diagram boleh digunakan atau gambar rajah manakala figure diterjemah kepada rajah. Perkataan boulder pula diterjemah sebagai batu tongkol, rock diterjemah sebagai batu manakala stone melempar dengan batu. Perkataan bats diterjemah sebagai kayu pemukul manakala club sebagai kayu golf. Puan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian padanan bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016
apakah istillah yang tepat bagi Use Case dan class diagram. saya hanya menjumpai model use case dan class diagram dalam carian di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=use+case. Terima KasihIstilah "use case" dan "class diagram" belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang rasmi. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah16.03.2017
Terjemahan istilah statistiks dalam Bahasa Inggeris ke BM Scattered diagram dan scattered plot

Istilah bahasa Melayu bagi scattered diagram ialah gambar rajah selerak dan scattered plot ialah plot selerak.

Istilah01.10.2010
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah wujud perkataan "diagramatik"? Saya sudah semak dalam Kamus Dewan Edisi Baharu bahawa perkataan "diagram" sahaja yang ada, tetapi "diagramatik" tiada.. Adakah "diagramatik" itu merujuk kepada sitilah tertentu? Terima kasih.Untuk makluman, istilah diagramatik tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah berdiagram.Istilah09.11.2012
Assalamualaikum. 1. Apakah beza rajah dan gambar rajah? 2. Masih digunakan lagi frasa gambar rajah dan gambar foto. Terima kasihRajah dan gambar rajah, kedua-duanya ialah padanan diagram dalam bahasa Melayu. Lazimnya kita menyebut gambar rajah, bukan gambar foto. Jika merujuk foto, hanya foto yang digunakan.Tatabahasa28.07.2016
Salam sejahtera, Adakah "pictorial diagrams" boleh diterjemahkan kepada "gambarajah bergambar"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon bantuan pihak DBP untuk mengesahkannya. Terima kasih.

 Padanan bahasa Melayu bagi “pictorial diagram” ialah  “gambar rajah bergambar” (Gambar rajah yang menunjukkan bentuk sebenar objek).

  

Istilah29.05.2019

Kembali ke atas