| Salam sejahtera. Saya Dr. Teh Kim Peng dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands ingin bertanya sama ada istilah "digital minimalisme" boleh diterima pakai atau sebaliknya. Menurut sumber yang saya peroleh, "digital minimalisme adalah gaya hidup yang menggalakkan penggunaan teknologi digital secara berfokus untuk tujuan profesional di samping mengurangkan gangguan kesejahteraan yang diakibatkan oleh teknologi tersebut.". Tujuan saya mengemukan pertanyaan ini adalah disebabkan saya perlu membangunkan modul e-pembelajaran berkaitan konsep ini di portal rasmi institusi kami. Oleh hal yang demikian, saya ingin memohon pencerahan daripada pihak DBP berhubung perkara ini. Segala pencerahan dan khidmat bantu DBP dalam perkara ini amat saya hargai. Sekian. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital minimalism ialah minimalisme digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.08.2025 |
| Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan, Mohon pencerahan, adakah ayat "tindak / maklum balas" digunakan atau perlu "tindak balas / maklum balas?" Misalnya penggunaan ayat: "Sekian, semoga mendapat tindak / maklum balas" atau "Sekian, semoga mendapat tindak balas / maklum balas"? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maklum balas bermaksud maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi dan sebagainya sesuatu tindakan). Tindak balas pula bermaksud tindakan yang diakibatkan oleh suatu tindakan lain. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
| BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini. | Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian). Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan). | Istilah | 15.04.2021 |