DEFINISI DIALEK DAN SEMUA MAKLUMAT MENGENAI DILAEK, | (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. | Makna | 11.08.2009 |
bolehkah pihak DBP menerangkan kepada saya mengenai dialek khususnya dialek Kelantan dan pengaruhnya dalam aspek penulisan. | Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Mengenai pengaruhnya dalam aspek penulisan, ini bergantung pada seseorang penulis itu. Misalnya Shahnon Ahmad lebih menggunakan dialek daerah Kedah dalam novelnya yg terkenal seperti Seluang Menodak Baung, Srengengge, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya. Jarang-jarang terdapat penulis yg menggunakan dialek daerah dalam penulisan mereka. T.kasih. | Lain-lain | 26.08.2008 |
Berbuka Puasa di ROSELLE BRASERIE 10 Julai 2013 - 5 Ogos 2013 RM38BERSIH Untuk Tempahan Sila Dail 03-2084 1515 ext 8025 | Sila buat pembetulan ejaan dial kepada dail dan terjemah ext. kepada samb. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.06.2013 |
Selamat sejahtera... Papakah cara terbaik yang boleh digunakan untum engenalpasti kata majmuk rangkai bebas daripada kata majmuk istilah khusus? | Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. | Lain-lain | 28.08.2014 |
saya nak dapatkan maksud analitik dan dialektika | 1. Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam 2. Dialektika pula adalah istilah lama bagi perkataan dialektik, bermaksud (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 21.01.2010 |
Salam hormat. Saya ingin bertanya. Apakah perbezaan antara bentuk kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas dengan kata majmuk yang berbentuk istilah khusus? | Saudara, Kata majmuk yang merupakan rangkai kata bebas atau umum ialah jalan raya, pasar raya, bandar raya, tengah hari, sama ada, guru besar dsb. manakala kata majmuk yang merupakan istilah khusus ialah telefon dial terus, cari gali, temu duga, segi tiga tepat dsb. | Tatabahasa | 02.08.2010 |
Saya ada dua pertanyaan. 1) Untuk kata nyokak yang terakam dalam Kamus Dewan (diletakkan Kl yang bermakna asalnya dialek Kelantan) adakah kata ini halal digunakan dalam penulisan ataupun ada kata mirip dalam kosakata Melayu baku yang saya terlepas pandang? 2) Nyokak ditakrif membongkokkan badan dan menyisihkan tangan (ketika berjalan di hadapan orang). Apakah yang dimaksudkan dengan frasa 'menyisihkan tangan'? Terima kasih. | Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Variasi bahasa yg. dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Penggunaan dialek dibenarkan dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dan sebagainya. Untuk makluman tuan juga, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Untuk carian makna lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.12.2018 |