Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat pasif yang mana satu bertul? 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 2. Kedatangan tetamu dari jauh kami sekeluarga alu-alukan. 3. Kapal terbang tidak pernah saya dan adik naiki. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Ayat pasif yang betul ialah: 1. Kedatangan tetamu dari jauh dialu-alukan oleh kami sekeluarga. 4. Kapal terbang tidak pernah dinaiki oleh saya dan adik.

Tatabahasa19.08.2020
salam.. bagaimana cara untuk menghantar karya ke tunas cipta ?salam. amat dialu-alukan kiriman karya, e-mel kepada ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.myLain-lain29.06.2012
salam. tumpang tnya. boleh saya tahu alamat email terbaru untuk menghantar karya ke TUNAS CIPTA? terima kasih..salam. amat dialu-alukan kiriman karya e-mel kepada ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.myLain-lain29.06.2012
Selamat sejahtera.Saya ingin meminta pertolongan anda untuk menyemak segala karangan saya tulis dan ke manakah saya harus menghantar karangan saya?Harap balas tuan dialu-alukan.Terima kasih.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa yang kami berikan adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah penggunaan bahasa termasuklah ejaan, istilah, terjemahan, pemilihan kata dan tatabahasa. Menyemak karangan pelajar tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Kami menyarankan tuan merujuk kamus untuk melihat ejaan yang betul dan merujuk buku tatabahasa untuk memastikan pembentukan kata dan binaan ayat yang betul. Tidak ada jalan pintas untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, kecuali belajar dengan guru dan banyak membuat latihan. Selalulah bertanya dengan guru di sekolah kerana guru dapat melihat kelemahan tuan dan membantu mengatasi kelemahan tersebut.Tatabahasa12.04.2015
Bheta Monarchy kamus dewan edisi akan datang tolong masukkan ayat "MACAI" dan penerangan sekali seperti ayat baru "ORI" sebelum iniTuan Bheta Monarchy, kami akan mempertimbangkan cadangan ini. Namun demikian , tuan dialu-alukan untuk melayari laman rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengunjungi Gerbang Kata DBP untuk memberikan sebarang maklumat atau cadangan untuk entri atau kata dalam kamus terbitan DBP. Terima kasih. Salam hormat : DBP.Lain-lain12.01.2014
Tuan, walaupun saya sering menggunakan perkataan ini dalam penulisan, tetapi saya khuatir jika kurang tepat dalam peraturan bahasa Malaysia. Perkataan tersebut ialah 'menge-melkan' dari kata dasar 'e-mel'. Bolehkah perkataan 'e-mel' menerima imbuhan sedemikian? Maklum balas daripada pihak DBP amat dialu-alukan. Terima kasih.Kata terbitan yang betul bagi e-mel  ialah meng-e-melkan.Lain-lain09.12.2008
Salam.. Mohon pencerahan berkaitan soalan berikut. 1. Apakah tarikh hari ini? 2. Hari ini berapa hari bulan? 3. Berapakah tarikh hari ini? Berdasarkan soalan di atas, yang mana satu soalan yang betul, dan sekiranya ada cadangan soalan untuk menggantikan soalan di atas amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih

Ayat tanya betul adalah seperti yang berikut:

1.     Tarikh hari ini berapa?

2.     Berapakah tarikh hari ini?

Tatabahasa17.01.2015
Bolehkah penjelasan terperinci diberikan ke atas maksud Peranakan, Nyonya dan Baba serta sejauh manakah masyarakat Peranakan ini wujud dalam masyarakat majmuk Malaysia? Apakah ciri-ciri khusus yang ada pada masyarakat ini berbanding dengan masyarakat Melayu dan Cina? Maklumat lain yang berkaitan termasuk jika terdapat sebarang artikel yang pernah diterbitkan oleh DBP mengenai masyarakat Peranakan adalah dialu-alukan.

Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam  Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan awam. 

Lain-lain19.08.2010
Salam sejahtera. Kata kerja aktif transitif “memperbaiki” dan kata kerja pasif transitif “diperbaiki” sering kita temukan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Antaranya, “tempat memperbaiki kapal” (Kamus Dewan), “memperbaiki baju” (Kamus Dewan), dan “akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang” (Khidmat Nasihat Bahasa). Sepanjang pengetahuan dan pengamatan saya, kata kerja tersebut tidak boleh diguna pakai kerana merupakan bentuk terbitan yang lewah, apatah lagi tidak gramatis, yakni menyalahi sistem bahasa dari aspek morfologi. Penjelasan pihak tuan amat dialu-alukan dan dihargai. Sekian, terima kasih.Pihak kami bersetuju dengan pendapat pihak tuan yang menyatakan penggunaan perkataan memperbaiki dan diperbaiki adalah bentuk terbitan yang lewah dan perkara ini juga dijelaskan  dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Walau bagaimanapun, perkataan memperbaiki dan diperbaiki ini lazim digunakan oleh masyarakat dan terakam dalam Kamus Dewan. Untuk makluman, salah satu fungsi utama kamus ialah untuk merakam penggunaan perkataan  yang lazim digunakan oleh masyarakat. Namun begitu, untuk memastikan penggunaan yang betul dan gramatis perlulah dirujuk Tatabahasa Dewan. Pihak kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan diperbaiki dalam ( (Khidmat Nasihat Bahasa) dan perkara ini dibetulkan oleh pihak kami. Terima kasih.     Tatabahasa04.12.2018
Lampiran Fail.Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan.Penyelidikan13.08.2018
123

Kembali ke atas