Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diami

Peribahasa

Air orang disauk,
     ranting orang dipatah,
adat orang diturut.

Bermaksud :

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjungMaksudnya, hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.Makna09.09.2008
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
Assalamualaikum.. saya ingin bertanyakan apakah maksud 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. diharap pihak tuan daoat menjelaskannya dengan lebih terperinci kepada saya. terima kasih
Menurut Peribahasa Sekolah Menengah yang diterbitkan dalam laman Intranet DBP, peribahasa "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" bermaksud "menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal".     
Makna04.01.2008

Kembali ke atas