Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dianggotai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan antara koperasi dan royaltiKoperasi ialah syarikat yang dianggotai  dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian  keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera.Makna15.02.2008
bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang dieja bersambung dan berpisah

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang dianggotai oleh pakar-pakar bahasa memutuskan sebanyak 15 perkataan dieja bercantum sebagai satu perkataan (kata majmuk yang telah mantap). Antaranya ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, sukarela, tandatangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 73.

Tatabahasa25.09.2008
Makna dan istilah Badan Serantau dalam BM dan BIBadan serantau ialah badan atau pertubuhan di peringkat serantau yang dianggotai oleh beberapa buah negara di rantau berkenaan. Misalnya, ASEAN merupakan badan serantau yang diangootai oleh 10 buah negara di rantau Asia Tenggara.Makna07.09.2006
Apakah yang boleh dilakukan melalui sastera dalam memperjuangkan bangsa dan apakah contoh-contohnya?Untuk mandapatkan maklumat ini, saudara boleh merujuk ASAS 50 yang dianggotai oleh penulis wartawan zaman 50-an seperti Rahim Kajai, Pak Sako dll. Saudara juga boleh merujuk novel karya Ishak Hj. Muhammad@ Pak Sako, Harun Aminurrashid. Selain itu, puisi hasil karya Usman Awang, A. Samad Said juga boleh juga dirujuk untuk tujuan ini. Contoh-contoh perjuangan bangsa melalui sastera ialah seperti ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa dan sastera, nasionalisme Melayu dan sebagainya. Terima kasih.Lain-lain25.09.2006
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara?ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).Lain-lain04.01.2018
Apakah perbezaan jawatankuasa induk dengan jawatankuasa kerja ? Sila berikan contoh yang sesuai. Terima kasih. Menurut Kamus Dewan jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil. Jawatankuasa kerja pula merujuk kepada jawatankuasa yang berada dibawah jawatankuasa induk dan ia boleh dibentuk untuk membantu tugas-tugas sesebuah organisasi.
Lain-lain02.09.2015
Saya ingin menanyakan maksud PENGAKAP (scout) High Clifford pernah mengatakan Dato' Bahaman ialah pengakap terhandal di Tanah Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan pengakap?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "pengakap" ialah 1. persatuan beruniform yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja, yang mengajar mereka membentuk sikap berdikari dan berperwatakan baik; 2. anggota persatuan ini; 3. orang yang mengintip seseorang atau sesuatu di sesuatu tempat untuk mencari atau mendapatkan maklumat.Makna24.12.2022
Perbezaan Poliklinik dan Klinik.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, klinik ialah 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata. Poliklinik pula ialah hospital atau klinik tempat merawat berbagai-bagai penyakit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna14.05.2009
Mengapakah DBP memutuskan untuk menggunakan istilah lohong hitam untuk padanan 'black hole' dan bukannya 'lubang hitam'. Adakah terdapat maklumat tentang keputusan tersebut daripada bahagian pembentukan istilah?

Keputusan memilih istilah tersebut ditetapkan oleh Jawatankuasa Istllah yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia akan menyusun dan menyebarluaskan istilah yang telah diputuskan melalui media cetak (penerbitan Glosari) dan media elektronik (PRPM- Pusat Rujukan Persuratan Melayu).

Istilah12.04.2019
Tuan/Puan, Saya ingin menterjemahkan "Comprehensive Medical Coverage" kpd "Perlindungan Medikal Komprehensif", iaitu menggunakan "medikal" sbg perkataan alternatif utk "Perubatan". Bolehkah penggunaan terma "medikal" diterima di dlm frasa tersebut? Terima kasih.Puan digalakkan menggunakan perkataan perubatan yang merupakan padanan istilah bagi medical. Hal ini kerana istilah medikal tidak diterima dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Untuk makluman puan, penggubalan/peminjaman sesuatu istilah perlu melalui peraturan yang khusus yang digubal oleh suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar bidang masing-masing.Istilah08.06.2009
12

Kembali ke atas