| a)Batu itu saya lontar ke dalam sungai. b)Tikar itu dianyam oleh nenek saya. ~Adakah ayat-ayat ini ayat pasif? a)Mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku @ lagu " Negaraku". b)Meng Kiat membawa pen,pemadam dan pembaris.Adakah di depan perkataan dan perlu letak tanda baca"koma(,)? | 1. Batu itu saya lontar ke dalam sungai. Tikar itu dianyam oleh nenek saya. - kedua-duanya ayat pasif 2. Mereka sedang menyanyikan lagu "Negaraku". 3. Tidak perlu tanda koma sebelum dan. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
| Tikar bembam yang dianyam oleh Nenek Hendun itu benar cantik. Maaf, saya ingin bertanya adakah ejaan bembam itu betul atau ejaan yang tepat adalah bemban? | Ejaan yang betul ialah bemban. | Ejaan | 11.05.2020 |
| apakah maksud sekajang | Sekajang ialah penjodong bilangan yang merujuk satu benda yang dianyam atau kertas yang besar helainya. | Makna | 03.08.2015 |
| Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih | Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin. Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima. | Istilah | 24.03.2019 |