salam.Saya ingin bertanya bagaimana penggunaan kata pangkal ayat diaplikasikan di dalam bahasa Melayu Moden? | Kata pada pangkal ayat mesti ditulis dengan huruf besar dan lazimnya menggunakan kata kata nama atau kata kerja. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, untuk mengenali kelas kata dan binaan kata terbitan serta binaan ayat. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
ADAKAH PIHAK DBP MEMPUNYAI APLIKASI DALAM TALIAN CONTOHNYA KAMUS YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN SECARA OFFLINE?T/KASIH | Encik Mohd. Hafiz, Sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang boleh dicapai melalui laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 30.04.2010 |
Assalam.Saya nak minta khidmat tuan/puan untuk semak bahasa ini. "Tema yang diaplikasikan pada konvokesyen kali ke-12 ini memberi penekanan terhadap aspek 'Kualiti Akademik'. Ia direalisasikan menerusi butiran permata yang melambangkan ciri-ciri akademik yang berkualiti tinggi. Justeru , ia menjadi nilai tambah yang amat berharga dari aspek pendidikan demi melahirkan pelajar serta insan yang cemerlang. Penekanan terhadap akademik yang berkualiti menjadikan UNISEL sebagai hub pendidikan tumpuan dunia yang begitu bernilai." | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan saudara bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | Tatabahasa | 11.10.2017 |
apakah tatabahasa tradisonal? | Tatabahasa tradisional adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Tatabahasa ini dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
Assalamualaikum. Apakah maksud bagi perkataan Naqib? Adakah perkataan Naqib sesuai untuk digambarkan sebagai seorang ketua atau pemimpin? Adakah perkataan tersebut sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks penggunaan ayat bahasa Melayu? Contoh ayat: Kita memerlukan seorang naqib untuk mengetuai perbicangan ini. | Perkataan naqib merupakan perkataan Arab yang bermaksud ketua. Oleh itu, dalam bahasa Melayu, perkataan ketua yang digunakan bagi mengungkapkan maksud yang berkenaan contohnya kita memerlukan seorang ketua untuk mengetuai perbincangan ini. | Makna | 29.01.2020 |
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1": 2.4 Menentukan Jumlah Kredit 24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2. 24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah: i. pelajar semester akhir; atau ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya; | Lain-lain | 05.10.2015 |
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( ‘ Vehicle Actuated ‘ ) dan sistem had masa (‘ Fix Time ‘ ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan. | Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Saya difahamkan daripada Tatabahasa Dewan bahawa awalan peN- bervariasi dengan pel- didefinisikan hanya sebagai: bergabung dengan kata dasar 'ajar' menjadi 'pelajar' untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. Ini bererti hanya pada kata 'ajar' yang boleh diaplikasikan hukum ini. Maka, saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hukum yang mendasari perkataan 'pelbagai'? Adakah ini bermakna bahawa 'pelbagai' tidak tergolong kategori [peN- bervariasi pel-] seperti di atas, dan oleh hal yang demikian 'pelbagai' bukan merupakan kata terbitan? | Terdapat kekecualian apabila awalan peR- diimbuhkan kepada kata dasar ajar sahaja. Imbuhan tersebut akan berubah menjadi pel-. Lihat contoh: per- + ajar = pelajar Kata "Pelbagai" tergolong dalam kata tunggal dan tidak menerima sebarang imbuhan. Justeru, kata tersebut tidak boleh digolongkan dalam variasi awalan peR- tersebut. | Tatabahasa | 01.08.2018 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan "di samping itu" akan dikira sebagai dua perkataan manakala "ke sekolah" akan dikira sebagai satu perkataan kerana penggunaan kata sendi "di" dan "ke" dalam rumusan bahasa Malaysia SPM. Walau bagaimanapun, adakah panduan mengira perkataan ini juga diaplikasikan dalam Karangan bahasa Malaysia? Terima kasih | Perkataan di samping itu dikira sebagai tiga patah perkataan. Ke sekolah dikira sebagai dua patah perkataan. Hal ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai makna. | Istilah | 21.08.2010 |
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat? | "Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali". | Tatabahasa | 03.07.2007 |