“Saya diarah merujuk perkara di atas ….” --- Adakah ayat ini gramatis? | Ayat “Saya diarah merujuk perkara di atas” betul. Walau bagaimanapun penggunaan yang baik dan lazim digunakan ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Pada pandangan kami ungkapan "saya diarah merujuk perkara di atas" atau "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
"Dengan segala hormatnya,saya diarah merujuk kepada perkara di atas." perkataan "diarah" patut digunakan untuk surat/memo yang seperti mana ? | Surat dan memo untuk setiap organisasi atau agensi adalah berbeza, kami mencadangkan secara umumnya perkataan "diarah" merujuk kepada surat dan memo yang telah diarahkan oleh pihak atasan seseorang pegawai untuk menguruskannya. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya untuk keadaan dan juga organisasi atau agensi yang berbeza. | Lain-lain | 23.11.2021 |
Yang mana satu betul, "Saya diarah merujuk ..." atau "Saya telah diarahkan untuk merujuk ..." | Jawapan yang betul ialah "Saya diarah merujuk..." | Tatabahasa | 19.05.2011 |
Penggunaan ayat diarah atau di arah merujuk yang mana satu. Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada makna ayat yang hendak disampaikan. Perkataan "diarah" membawa maksud mengatur, menyelia, mengelolakan dan sebagainya para pelakon serta pembantu yang terlibat dalam drama, filem, teater dan sebagainya. Perkataan "di arah" pula menunjukkan hala atau haluan untuk sampai ke sesuatu tempat. | Tatabahasa | 30.06.2022 |
Yang manakah cara memulakan ayat yang betul dalam surat rasmi kerajaan : Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan berhubung perkara yang tersebut di atas. | Penggunaan yang betul ialah "Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas ..." atau "Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa ...". Ungkapan "saya diarah menarik perhatian tuan" tidak perlu digunakan kerana apabila ketua mengarahkan kita menjawab surat tersebut bermakna kitalah yang perlu mengambil tanggungjawab menjawab surat atau menarik perhatian penerima surat tentang perkara tersebut. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
"Salam sejahtera dan dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas: penggunaan ayat diatas sebagai pembuka surat betul atau salah.. dan penggunaan ayat yang betul. cth terima kasih. | "Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada di atas" atau "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada di atas". | Tatabahasa | 16.08.2016 |
Harap dapat betul kan ayat tersebut "Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas." Saya ingin dapatkan nasihat berkenaan dengan penggunaan tatabahasa, tanda dll. Terima kasih. | Ayat di atas sepatutnya, Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara di atas. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Dalam penulisan surat, ada yang menulis "Saya diarah merujuk perkara di atas ..." dan ada pula yang menulis "Saya telah diarahkan untuk merujuk perkara di atas ..." Soalan saya ialah yang mana satu betul? | Encik Yahya, Jawapan yang betul ialah, "Saya diarah merujuk perkara di atas...... kerana kita jarang menggunakan perkataan telah dalam penggunaan ayat seperti ini. Telah lebih mirip dalam penulisan bahasa Inggeris - past tense.Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih. | 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul) 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul) 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. Permainan bola lisut kurang popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul) | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Dalam surat rasmi, bagi ayat pembuka kata : i) Saya adalah dengan hormatnya di arah merujuk perkara di atas ii) Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. Ayat mana yang lebih tepat @ sesuai? Adakah ayat (i) boleh digunakan? | "Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas..." betul manakala ayat (i) tidak sesuai untuk digunakan | Tatabahasa | 09.09.2015 |