Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diarahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya diarahkan untuk menyemak sebuah buku eng yang telah translet dalam bm. soalan saya adalah :- (1) adakah DBP menyediakan khidmat translator? (2) jika ya, berapa kosnya? dan berapa lama masa yang diambil? (3) jika tidak, ada perkhidmatan untuk menyemak buku yang telah ditranslet?Salam.  Buat masa ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat penterjemah, penterjemahan, semakan terjemahan.  Walau bagaimanapun, saudara mungkin boleh memohon bantuan dari Persatuan Penterjemah Malaysia dengan menghubungi Puan Saodah, Setiausaha Kehormat, di talian +6012-2067076.Lain-lain07.10.2010
ASSALAMUALAIKUM, SAYA DIARAHKAN UNTUK MENDAPATKAN SURAT ULASAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI PERMOHONAN NAMA TAMAN DARI MAJLIS TEMPATAN, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG. SAYA INGIN MENGETAHUI LANGKAH DAN PROSEDUR PERMOHONAN. TERIMA KASIH. PERHATIAN DARI PIHAK TUAN AMAT KAMI HARGAI.

Assalamualaikum,

 

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa dalam talian perlu dibuat melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, sila daftar akaun terlebih dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran pada laman web dbpsahbahasa.my. 

 

2. Selepas mendapat ID pengguna dan kata laluan, sila log masuk dan klik Daftar Permohonan dan Daftar Penamaan. Kemudian, lengkapkan maklumat (rujuk Panduan Pelanggan). Tiada bayaran dikenakan untuk Daftar Penamaan.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain28.05.2020
A. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh notis ini disampaikan. B. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini disampaikan. Jawapan : A atau BNombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Ayat yang lebih tepat: Dengan ini diarahkan tuan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari notis ini disampaikan.Ejaan09.11.2016
Salam sejahtera, (KAMI/KITA) diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah,”kata Ali dan Ahmad kepada Abu. Mana satu jawapan lebih tepat? Sekian terima kasih.

Ayat “Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah,” kata Ali dan Ahmad kepada Abu. dan “Kita diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah,” kata Ali dan Ahmad kepada Abu, adalah betul dan tepat penggunaannya.  

"Kami" merupakan kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua. Oleh itu, penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita boleh digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut. 

Tatabahasa10.07.2023
Saya telah diarahkan berpatah balik pergi ke rumah.Saya telah berpatah balik datang ke rumah. Ayat di atas betul ke?

Ayat yang betul ialah “Saya telah diarahkan berpatah balik ke rumah.”

Lain-lain30.08.2022
Penggunaan kata ganti diri kedua yang manakah tepat bagi ayat berikut: "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. "Kalian tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar.Kedua-dua ayat tersebut betul, namun  ayat yang gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian".Tatabahasa19.10.2011
Kami adalah diarahkan oleh pelanggan kami yang disebut di atas supaya merujuk kepada Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan yang selanjutnya. Pelanggan kami berharap supaya Borang B yang dipulangkan tersebut adalah memuaskan. Sekian, terima kasih.Tidak ada soalan yang dikemukakan. Jika semakan ayat yang dimaksudkan, ayat yang betul ialah "Kami diarahkan oleh pelanggan kami yang tersebut di atas supaya merujuk Borang B bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Pelanggan kami berharap supaya Borang B yang dipulangkan telah lengkap.Lain-lain23.05.2012
Assalamualaikum tuan, Saya diarahkan untuk membuat semakan ejaan berikut sama ada dieja dengan betul mengikut kaedah tatabahasa yang betul.... 1. Al-Salam atau As-Salam 2. Al-Fatah atau Alfatah (Tanpa tanda -) Sekian, terima kasih.

1. Terdapat dua kaedah transliterasi kata arab-rumi, iaitu kaedah sebutan dan kaedah aksara.

a. Kaedah Sebutan = As-Salam

b. Kaedah Aksara = Al-Salam

Kata arab yang terdapat di dalam buku atau teks ilmiah hendaklah ditransliterasikan menurut kaedah aksara sepenuhnya. Manakala kata arab yang terdapat di dalam bahan bacaan umum separa ilmiah, remaja dan kanak-kanak perlu ditransliterasikan menurut kaedah sebutan.

 

2. Al-Fatah (perlu ada tanda “-”)

Lain-lain12.01.2022
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih.Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya.
Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat  untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan.
Tatabahasa16.08.2012
Dengan segala hormatnya saya diarahkan merujukkan tuan perkara diatas dan emel tuan bertarikh 14 Disember 2020 adalah berkaitan.Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya pihak kami dapat memberikan bantuan.Lain-lain15.12.2020
123

Kembali ke atas