Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diasingkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pegawai bank itu mengatakan simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan? Adakah ayat ini betul ? Adakah perkataan mengatakan mesti disambung dengan perkataan bahawa? COntoh : pegawai itu mengatakan bahawa simpanan ialah menyimpan wang di bank.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Pegawai bank itu menerangkan bahawa simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan"
Tatabahasa09.11.2016
Kata penghadap surat: kehadapan/ke hadapan.....(disambungkan atau diasingkan?)Dieja terpisah, iaitu ke hadapan.Ejaan09.04.2014
Ejaan yang betul untuk kuatkuasa, berkuatkuasa. Adakah satu perkataan atau diasingkan. terima kasihPerkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa.Ejaan11.12.2013
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?“Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017
Salam tuan, Bagaimanakah caranya untuk membezakan sesuatu perkataan itu perlu dieja bersambung atau diasingkan. Contoh: jalan raya pasarayaKata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa23.04.2013
ejaan yang betul untuk bertungkus-lumus atau bertungkus lumus?Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Ejaan19.10.2013
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
Bolehkah "artwork" dalam Bahasa Inggeris di terjemah sebagai "seni kerja" dalam Bahasa Malaysia? "Reka bentuk" dan "seni kerja" adakah perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan atau diasingkan?'art work' boleh diterjemahkan kepada seni kerja. Ejaan reka bentuk dan seni kerja ditulis dalam dua perkataan.Tatabahasa15.01.2011
bertungkus lumus atau bertungkus-lumus? kedua-duanya ada dalam kamus dewan? yang mana satu yang betul? terima kasih.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa16.02.2015
Mohon cadangkan terjemahan untuk frasa ini : Bacillus thuringiensis isolate for control of soil-inhabiting ColeopteraCadangan kami Bacillus thuringiensis isolate for control of soil-inhabiting Coleoptera diterjemahkan kepada Basilus Turinginsis diasingkan untuk mengawal Coleoptera menghuni tanah.Penyemakan dan penterjemahan23.03.2015
12

Kembali ke atas