Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diatasi

Peribahasa

Sebagai bisul hampir memecah.

Bermaksud :

Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawapan yg mana satu yg betul? Pilih ayat yg sama maksud dgn ayat yg dbrikan. Gejala meroko dalam kalangan murid semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. B. Oleh sebab gejala merokok dalam kalangan murid membimbangkan, gejala ini perlu diatasi dengan segera.Jawapan yang tepat ialah A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera.Tatabahasa05.02.2013
Menurut kamus dewan(edisi keempat) Perkataan "bagi" dan "untuk" mendatangkan maksud yang sama. Bagaimanakah kita hendak membezakan penggunaannya, contohnya : Masalah jerebu perlu diatasi segera ____ menangani masalah pencemaran udara yang semakin serius. Dalam ayat ini, penggunaan yang tepat ialah "bagi" atau "untuk" ?

Kata sendi nama "untuk"  dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan funfsi tertentu seperti i. untuk menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama "bagi", ii. untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan ini "untuk" tidak boleh bertukar ganti dengan "bagi".

dalam ayat yang dikemukakan berdasarkan konteks dan makna ayat tersebut, kedua-dua kata sendi "untuk dan "bagi" boleh digunakan(menunjukkan kegunaan sesuatu).       

Tatabahasa09.04.2008
Sejak dua hari kebelakangan ini, mengapa semasa membuat carian kata, kamus bahasa inggeris dewan tidak dipaparkan, begitu juga dengan isitilah malaysia.Masalah tersebut telah dapat diatasi dan kini maklumat berkenaan boleh diakses melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain16.10.2017
Perkhidmatan pengkalan data korpus DBP tidak berfungsi minggu ini. Hal ini sangat menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan penyelidik. Difahamkan banyak aduan telah dibuat namun kesulitan masih belum diatasi. Tindakan segera pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna.Lain-lain20.06.2015
bagaimana cara mengajar murid yang keliru tentang huruf d dan bMaklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami masalah ini boleh diatasi dengan penerangan dan latih tubi yang berterusan sehinggalah pelajar tersebut dapat mengenali dan membezakan kedua-dua hurf berkenaan.Lain-lain26.04.2013
Aedi Asri May 21st, 12:44pm Salam. Nak tanya sket, kenapa laman prpm dbp sloowww sangat?Aduan tuan kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan yang seterusnya. Semoga kesulitan yang dihadapi ini dapat diatasi dengan kadar yang segera.Lain-lain21.05.2015
Apakah pautan yang boleh saya gunakan untuk menyemak istilah matematik? Kerana sebelum ini PRPM DBP menyediakan kamus matematik dan juga definisi bererta contoh Matematik dalam pautannya, tetapi kini sudah tiada. Terima kasih.Masalah tersebut telah dapat diatasi dan kini maklumat berkenaan boleh diakses melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain16.10.2017
Farhana Syazwani Mohsin 9.09 PAGI Farhana Syazwani Mohsin Selamat pagi ecnik/cik. Siapa ya yang menguruskan laman web prpm? laman web sudan tiga hari bermasalah. Kamus Bahasa inggeris dan melayu tak keluar dalam web. Harap boleh ambil tindakan segeraMasalah telah dapat diatasi dan maklumat daripada Kamus Inggeris - Melayu kini boleh diakses seperti biasa. Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan hadapi.Lain-lain16.10.2017
kesalahan tatabahasa dalam bahasa melayu

Saudara Norsyafina,

Kesalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu berlaku apabila pengguna bahasa tidak mematuhi hukum atau rumus tatabahasa yang telah ditetapkan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Kesalahan bahasa berlaku dari segi ejaan, ayat, kata dan frasa. Kesalahan bahasa dapat diatasi dengan merujuk buku atau panduan tatabahasa yang sedia ada seperti buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa22.03.2010
saya tidak lagi dapat melihat jawapan yang diberikan untuk setiap soalan dalam khidmat nasihat. Saya kerap merujuk bahagian ini untuk panduan.Mohon maaf atas kesulitan yang pihak puan hadapi. Perkara tersebut telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP, dan kami juga berharap masalah teknikal ini dapat diatasi dengan kadar yang segera. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan terus menggunakan perkhidmatan kami.Lain-lain31.05.2017
12

Kembali ke atas