| Adakan waktu dalam bahasa melayu telah ditetapkan?Contohnya pukul berapa hingga pukul berapa ialah pagi,tengah hari,petang,malam dan sebagainya.Adakah ini telah diteteapkan? | Waktu diatur seperti yang berikut: 1.00 pagi hingga 11.59 pagi 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari 2.00 petang hingga 6.59 petang 7.00 malam hingga 11.59 malam 12.00 tengah malam hingga 12.59 tengah malam | Lain-lain | 22.05.2010 |
| Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah: 1. Tanah lapang, lapangan 2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan. 3. Bahasa Percakapan bagi perlahan Manakala maksud kerangka pula ialah: 1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya. 2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain. 3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain) 4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)
| Makna | 05.11.2019 |
| pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
| Salam sejahtera. Sekadar ingin bertanya. Adakah 'perkahwinan wangsa' sesuai digunakan untuk merujuk kepada perkahwinan yang diadakan demi kepentingan lain, misalnya, kepentingan perniagaan untuk kedua-dua keluarga? Terima kasih. | Mengikut Istilah dalam bidang Sejarah, Perkahwinan Wangsa (dynastic marriage) membawa maksud perkahwinan yang diatur antara dua orang dari dinasti yang berbeza untuk tujuan politik biasanya berlaku dalam sejarah untuk pengukuhan kuasa politik. | Istilah | 20.08.2017 |
| Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta festival tersebut ialah masyarakat bukan Melayu. DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP. Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang. | Lain-lain | 27.07.2013 |
| Salam, berkenaan perkataan 'PERSEGARAN' saya dapati bahawa perkataan ini sering digunakan di dalam surat terutamanya berkaitan sesuatu majlis atau bajet. Setelah mencari menggunakan khidmat carian, pihak DBP menyatakan perkataan tersebut tidak ada di dalam rekod, dan 'PENYEGARAN' adalah perkataan yang sesuai. Kemudian saya bertanya kepada penduduk di Kelantan, mereka menyatakan perkataan 'PERSEGARAN' ini merujuk kepada makanan atau jamuan, bergantung kepada cara ayat itu diatur. Sebagai contoh, 'Bajet yang diperlukan untuk PERSEGARAN adalah sejumlah....' atau 'PERSEGARAN pada pukul 9.00 pagi. Maka saya rasa perkataan 'PERSEGARAN' ini digunakan hanya di beberapa tempat sahaja dan mungkin menimbulkan kekeliruan dengan ada nya kata akar 'SEGAR'. Soalan saya, bagaimana saya boleh mencari sumber rujukan bagi perkataan-perkataan yang khusus bagi negeri-negeri tertentu seperti perkataan 'PERSEGARAN' bagi memudahkan saya memahami bahasa setempat. | Dalam Kamus Dewan akar kata segar boleh menerbitkan kata kesegaran (bermaksud keadaan segar), penyegaran (menyegarkan sesuatu) dan beberapa kata lagi, namun tidak ada perkataan persegaran. Saya bersetuju dengan pandangan tuan, berkemungkinan perkataan persegaran bersifat setempat, namun kami tidak dapat mengesahkan makna dan kesahihan maklumat yang tuan berikan. | Tatabahasa | 01.02.2018 |
| Merujuk kepada jawapan pihak DBP seperti berikut: "Untuk makluman puan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau teks bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan terjemahan yang bersesuaian." Justeru, mohon bantuan DBP selaku pakar rujuk BAHASA KEBANGSAAN di MALAYSIA bagi konteks ayat berikut: (setakat pengetahuan orang awam yang saya ada) ".....Setelah Fasa Pembangunan, semua integrasi / hubung kait (taktau perkataan mana nak guna) dan semua perubahan yang need to be deployed (tiada perkataan Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris ini) sepatutnya dijadikan CSR tanpa kenaan / bayaran seperti mana Klausa 10 dalam Perjanjian Utama." | Ayat yang betul ialah “Selepas fasa pembangunan, semua integrasi dan perubahan yang diatur kedudukannya sepatutnya dijadikan Tanggungjawab Sosial Korporat tanpa bayaran seperti Klausa 10 dalam Perjanjian Utama." | Penyemakan dan penterjemahan | 23.11.2023 |
| 1)Apakah dimaksudkan dengan kopah dan terkopah- layah. 2)apakah maksud berceratuk dan sesuaikah digunakan: berceratuk kopiah di atas kepala? 3)bagaimanakah hendak menggunakan kata pemeri "ialah dan adalah" dengan betul? 4)saya betul2 keliru bagaimana hendak menggunakan kedua - dua kata pemeri tersebut.Bolehkah nanti penerangan terperinci beserta dengan contoh - contoh mudah diselitkan dalam penerangan tersebut. 5)saya amat berbesar hati, sekiranya pihak tuan menjawab pertanyaan saya ini dan pertanyaan terdahulu dengan kadar segera kerana saya amat memerlukan informasi penting ini , ia mempengaruhi kerja saya dan juga pengguna bahasa lain di luar sana. 6)sekian terima kasih...... | 1. Kopah bermaksud berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll), walau bagaimanapun tidakada dalamsumber rujukan kami. 2. Berceratuk bermaksud duduk (ramai-ramai), nampak spt beratur banyak-banyak, ayat berceratuk kopiah di atas kepala - tidak sesuai, tidak mungkin kopiah diatur banyak-banyak di atas kepala. 3. Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja, contoh aayat; Anaka ialah anugerah Allah. Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, contoh ayat; Matlamat unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tugas, Baju itu adalah baik. | Tatabahasa | 02.09.2008 |
| Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, permasalahan yang timbul adalah untuk menterjemahkan perkataan “keep”, “stowage”, “custody” dan “care”. Berikut dikemukakan teks sumber dan teks yang telah diterjemahkan untuk rujukan tuan/puan. Teks Sumber “Subject to Article VII, under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care and discharge of such goods…” Teks Terjemahan “Tertakluk kepada Artikel VI, dibawah setiap kontrak pengangkutan barang melalui laut oleh pengangkut, berhubungan dengan pemuatan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, penjagaan, pengawalan dan pemunggahan barang-barang itu…” 3. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk menterjemahkan perkataan “keep” dalam peruntukan berikut kerana ia juga membawa maksud “menyimpan” yang sama maksudnya dengan “stowage”. Teks Sumber “Subject to Article IV, the carrier shall properly and carefully load, handle, stow, carry, keep, care for and discharge the goods carried.” 4. Sehubungan dengan itu, apakah padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam terjemahan teks sumber di bawah bagi membezakan maksud perkataan teks sumber “stow” dan “keep”. | Berdasarkan soalan puan, padanan bahasa Melayu untuk "stow" ialah disimpan atau diatur muat manakala "keep" dipadankan dengan disimpan. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 25.10.2021 |
| perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan kedudukan bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg menggambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu digunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjukkan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulaupulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang sesuatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. menggambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan". | Istilah | 09.04.2013 |