Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.Öa.yah] | دعايه

Definisi : penyiaran (penyebaran) sesuatu ideo­logi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir ko­munis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka; mendiayahkan menyebarkan diayah, mem­­­propagandakan; pendiayahan perbuatan menyebarkan di­ayah; pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah: ~ komunis perlu diawasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.Öa.yah] | دعايه

Definisi : penyebaran sesuatu fahaman, ajaran dll utk mendapat sokongan; propaganda: Mereka telah menjalankan beberapa gerakan, antaranya ialah ~ atau kempen memburuk-burukkan kerajaan Umaiyah. mendiayahkan menyebarkan (sesuatu fahaman) sbg diayah. pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah atau mendiayahkan sesuatu fahaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diayah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah kata 'diayah' dianggap baku dan 'dakyah' tidak baku walhal dalam korpus DBP sendiri kata dakyah melebihi penggunaan diayah? Apakah hujah memilih diayah sebagai ejaan baku? (yang langsung tidak mencerminkan penggunaan lazim masyarakat).Perkataan diayah ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Ejaan diayah dianggap baku kerana pembentukan ejaan ini  mengikut pedoman/ panduan  yang ditetapkan dalam buku  Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi edisi kedua terbitan DBP. Ejaan dakyah wujud sebelum ini dan terakam dalam korpus DBP kerana ia lazim digunakan dalam masyarakat dan  pada waktu tersebut belum wujud Pedoman Transliterasi perkataan Arab ke ejaan Rumi.      Ejaan21.11.2018
salam, dalam kamus dewan perkataa "dakyah = diayah", namun antara 2 perkatan tersebut yang manakah lebih tepat digunakan dalam teks?Perkataan "diayah" lebih tepat dan disyorkan digunakan dalam teks. Ejaan23.03.2012
bolehkah perkataan 'dakyah' yang membawa maksud kefahamaan digunakan dalam esei? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah yang betul ialah diayah yang bermaksud penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka;

Istilah01.04.2010

Kembali ke atas