Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibalas

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tepuk berbalas,
     alang berjawab.

Bermaksud :

Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut : 1. seperti belut pulang ke lumpur 2. air susu dibalas dengan air tubaPeribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut ialah 1. seperti belut pulang ke lumpur = seperti burung gagak pulang ke benua. 2. air susu dibalas dengan air tuba = campak bunga dibalas dengan campak tahi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain.Lain-lain01.09.2010
Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan bagi 'gergasi' yang berbentuk seperti manusia. Adakah kita menggunakan seorang gergasi atau seekor gergasi? Mohon pencerahan dibalas pada hari ini. Sekian, Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.




 

Tatabahasa02.04.2013
Mengapa tab Khidmat Nasihat ditiadakan dalam PRPM? Saya sentiasa merujuk kepada Khidmat Nasihat untuk mendapatkan kepastian ejaan. Saya ada mencadangkan supaya ejaan yang dibalas oleh DBP hendaklah ejaan yang betul apabila menjawab sebarang pertanyaan pelanggan semasa DBP membuka galeri di Terengganu Trade Centre pada tahun 2014. Kini Khidmat Nasihat sudah ditiadakan dalam PRPM. Mohon jasa baik tuan supaya ianya diwujudkan semula demi kepentingan umum. Terima kasih.Domain "Khidmat Nasihat" ditutup sementara waktu untuk pengemaskinian. Domain ini akan dipaparkan semula tidak lama lagi.Lain-lain02.01.2015
Bagaimana pula penggalan waktu dalam B. Inggeris? Tempoh waktu yang dipanggil morning dan lain lain lagiDewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Pemenggalan waktu dalam bahasa Melayu telah dibalas pada soalan puan yang lalu.Lain-lain29.10.2019
Assalamulaikum... Saya ingin bertanya mengenai bagaimana saya harus menjawab soalan pidato yang berbunyi, " Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia ". Saya tidak tahu apa yang dikhendaki oleh soalan ini. Apakah yang saya harus tulis sebagai pendahuluan, empat isi, dan penutup ? Saya berharap agar kiriman saya ini dibalas secepat yang mungkin. Sekian, saya dahulukan pertolongan pihak DBP dengan ucapan terima kasih.

Pertanyaan saudara ini memerlukan penelitian dan rujukan mendalam. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada guru sekolah saudara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Untuk makluman saudara, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi/bahasa kebangsaan negara kita melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan untuk menyatukan masyarakat pelbagai bahasa di Malaysia. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah kebangsaan. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu secara am untuk menyatakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan untuk memperkatakan  bidang-bidang ilmu di peringkat sekolah, maktab dan universiti. 

Lain-lain27.03.2009
Nur Adilla Abd Rahim Assalamualaikum, Saya hendak bertanya. Adakah DBP boleh menguruskan penjualan buku/ ada dana untuk menyokong penjualan buku-buku DBP di luar negara? Ada beberapa universiti yang ingin meletakkan buku bahasa Melayu di librari kampus dan mengharapkan agar DBP dapat memberikan kerjasama. Contohnya, di University of Manchester, di samping komuniti Nusantara yang besar di Manchester itu sendiri, sudah ada kelab rasmi Bahasa Melayu [MALECS] di bawah payung kokurikulum universiti tersebut. MALECS sedang cuba untuk menempatkan buku berbahasa Melayu di kampus. Jika DBP boleh memberikan kerjasama, usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini tentu lebih dipermudah. Harap dibalas ya Takkan Bahasa Melayu hilang di dunia! Assalamualaikum.Salam. Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.myLain-lain04.11.2013
Apakah yang dimaksudkan sebagai mesej dan pandangan penulis dalam sesebuah karya sastera sama ada dalam sastera tradisional atau moden. Ada berapa jenis mesej dalam penulisan sastera. Bagaimana mebuat analisis pemikiran yang digarap oleh penulis sesebuah karya sastera. Siapakah sarjana dalam sasteraMesej ialah pengajaran atau moral cerita yang merangkumi keseluruhan cerita tersebut kesan daripada pembacaan karya sastera atau kesan daripada menikmati serta menghayati karya sastera. Mesej atau pandangan penulis ini bergantung pada cerita atau karya tersebut, contohnya menghormati ibu bapa dan buat baik dibalas baik. Untuk lebih memahami tajuk ini kami cadangkan saudara merujuk buku Glosari Sastera dan Kamus Puisi, terbitan DBP serta buku Landasan Kreativiti, karya Othman Puteh, terbitan DBP.Sastera01.07.2011
Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan.

Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat  tentang kata mesti dan pasti. Namun   demikian, dalam   penggunaan   masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti  bererti "tentu" dan  tergolong dalam  kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah:

  1.  Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
  2.  Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
  3.  Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang­-kurangnya dengan kepujian.
  4.  Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.

(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".)

Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut:

  1.  Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
  2.  Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
  3.  Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau  royalti.
  4.  Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.

 (Semua ayat  di atas menekankan  makna  "tentu")

 

 

Tatabahasa13.11.2020

Kembali ke atas