Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibangkitkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'ke atas' atau 'terhadap' "... memberi perhatian [ke atas/ terhadap] perkara dibangkitkan." Kata yang mana satu betul diggunakan?Perkataan yang lebih sesuai ialah "terhadap"  --> ...memberi perhatian terhadap yang dibangkitkan.Lain-lain29.05.2016
apakah perbezaan akhirat dengan kiamat?

 

Kiamat ialah hari ditiupkan sangkakala dan manusia dibangkitkan dari kubur.

Akhirat ialah satu alam  terakhir tanpa penghujung yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Bermula apabila manusia dibangkitkan dari kubur .

 

Lain-lain19.02.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ssaya seorang pelajar dan ditugaskan untuk membuat kajian berkenaan frasa kerja. Jadi saya ingin tahu isu atau permasalahan yang biasanya dibangkitkan dalam frasa kerja ini. Terima kasih.

Pertanyaan saudari ini berbentuk tugasan pelajar. Saudari perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah  yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudari juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.

Antara buku berkaitan tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat yang boleh dijadikan rujukan, seperti buku Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata: Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman, buku Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman dan buku Soal Jawab Bahasa, Abdul Ghalib Yunus.

Walau bagaimanapun, buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka  perlu dijadikan rujukan sekiranya ada perbezaan pendapat tentang isu bahasa. Buku ini juga merupakan panduan utama dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 

Tatabahasa12.12.2020
bagaimana cara penulisan jurnal?

Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah.

 Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan.

 

 

Lain-lain14.01.2009
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan kerasionalan penggunaan huruf besar/kecil bagi perkataan "iblis". Dalam DBP memang dinyatakan penggunaan huruf kecil. Namun, jika dilihat pada ayat al-Quran dan ahli syariah, secara peribadinya saya merasakan PENGGUNAAN HURUF BESAR LEBIH TEPAT. Contoh 1: Ertinya: “Iblis berkata, ‘Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).’ (14) Allah berfirman, ‘Sesungguhnya, engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).’ (15) Kemudian, iblis berkata, ‘Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) telah menyebabkan aku tersesat, (maka) sesungguhnya aku akan berusaha menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. (16) Kemudian, aku benar-benar akan mendatangi mereka dari arah hadapan atau belakang mahupun dari arah kanan atau kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)’” (Surah al-A‘raf 7: 14-17) Contoh 2: Menurut Ibn ‘Abbas, iblis dinamakan ‘Azazil dalam kalangan malaikat. Dia ialah malaikat yang tinggi darjatnya, paling kuat beribadat dan memiliki empat sayap. Namun setelah dilaknat, dia dikenali sebagai iblis. Ayat-ayat tersebut menunjukkan iblis sebagai individu jin bukannya sekumpulan jin/syaitan jahat. Jadi, mungkinkah sewajarnya ejaan iblis itu dieja dengan huruf besar (Iblis)? Sekian, terima kasih.Iblis dikategorikan sebagai kata umum sama seperti malaikat. Iblis dieja dengan huruf besar sekiranya disandarkan dengan jenis iblis seperti Iblis Zalanbur, begitupun lazimnya disebut Zalanbur sahaja. Malaikat juga dieja dengan huruf kecil, namun nama malaikat ditulis dengan huruf besar seperti Izrail.Tatabahasa08.08.2020
Salam Tuan. Saya ingin memohon agar pihak DBP dapat membuat saranan kepada Menteri Pelajaran Malaysia agar memperkenalkan semula Tulisan Jawi kepada murid-murid sekolah melalui subjek Bahasa Melayu. Ini kerana KPM sedang membuka ruang dialog kpd rakyat Malaysia dalam menggubal kurikulum pendidikan negara yang baharu. Tulisan Jawi yang kini hanya dipelajari oleh murid Melayu dalam pelajaran Agama Islam perlu diperluaskan ilmu tentangnya seperti awal tahun 1970an. Amatlah menyedihkan apabila tulisan yang indah ini semakin dilupakan oleh bangsanya sendiri. Saya beranggapan memang menjadi tanggungjawab DBP memastikan kegemllangan tulisan jawi dan Bahasa Melayu di bumi tercinta ini. Sekian, terima kasih.Kami bersetuju dengan pandangan puan. Molek kiranya kita bersama-sama dalam satu keluarga (Kementerian Pelajaran Malaysia) menyuarakan kepada pihak atasan agar perkara ini diambil perhatian dan tindakan. Hal ini elok dibangkitkan dalam suasana memartabatkan tulisan Jawi dan yang paling terbaharu Melaka akan melaksanakan papan tanda tulisan Jawi mulai bulan Jun 2012.Lain-lain19.05.2012
Selamat Pagi. Yang manakah betul: negeri-negeri dalam/di Lingkungan Pasifik? Terima kasih.

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dalam, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus.

Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti hal, perkara, urusan, peristiwa, bahasa, bidang dan sebagainya.

Contoh penggunaan: 

  1.  Dalam hal ini, kami semua setuju.
  2.  Perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
  3.  Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi.
  4.  Hassan sudah lama berkecimpung dalam bidang seni lakonan.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura.

Berdasarkan soalan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah “negeri-negeri dalam lingkungan Pasifik”.

Lain-lain14.06.2023

Kembali ke atas