Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibangunkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang, tuan/puan. Saya hendaklah bertanya bahawa adakah perkataan "dibangunkan" betul atau salah. Saya pernah lihat perkataan ini pada definisi perkataan "bangunan" dan khidmat nasihat yang berkenaan dengan perkataan tersebut. Namun perkataan "dibangunkan" tiada dalam kamus DBP.Perkataan "dibangunkan" betul. Perkataan ini ada dalam Kamus Dewan Perdana keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain21.02.2022
Salam, Sekiranya satu Sistem ICT dibangunkan bagi sesuatu negeri dan sistem berkenaan kemudiannya dipersetujui untuk digunakan juga di negeri-negeri lain. Manakah yang lebih tepat? i. Implikasi kos bagi pengembangan sistem ke seluruh negara ii. Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara DAN i. Sistem berkenaan akan diperkembangkan ke seluruh negara ii. Sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara Terima kasih.i.  Implikasi kos bagi perluasan penggunaan sistem ke seluruh negara.

Untuk makluman puan, implikasi ialah 1. sesuatu (maksud, tujuan, dsb) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang: apakah ~ kata-kata kamu itu? 2. kiasan, bayangan (tidak terus terang): kita tidak dapat memaafkan Rahim yg membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~; 3. kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu:

Kami memohob penjelasan kiranya sistem yang dibangunkan itu memberi kesan pada kos seperti yang dimaksudkan dalam ayat.


ii. Sistem berkenaan akan diperluas penggunaannya ke seluruh negara.
Tatabahasa04.12.2013
Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil.   Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang.
Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan.
Tatabahasa06.09.2015
Pengesahan tatabahasa bagi tajuk program yang ingin dibangunkan. TAJUK: PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN LESTARI

Cadangan tajuk : (i). Program Melestarikan Pendidikan; (ii). Program Pendidikan Lestari. Lestari bermaksud tidak berubah, kekal dan tetap.

Tatabahasa20.02.2008
Semua Bahagian dan JUPEM Negeri hendaklah menyedia dan menyalurkan maklumat bencana melalui platform yang dibangunkan oleh JUPEM iaitu MyGeoServe. MyGeoServe perlu diitalic atau tidak?Frasa "MyGeoServe" tidak perlu diitalik. Lain-lain08.06.2023
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
Apakah kata namaUntuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat, sila manfaatkan ruangan maya yang telah dibangunkan, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui www.prpm.dbp.gov.my. Taipkan kata kunci perkataan yang dicari dalam ruangan "Carian Spesifik" dan untuk melihat makna ambik data daripada Kamus.Tatabahasa08.09.2016
Berapa kerapkah korpus DBP dikemas kini dan adakah semua terbitan bahasa Melayu dimasukkan ke dalam korpus tersebut?Korpus DBP telah dibangunkan beberapa tahun dahulu dan belum lagi dibuat kemas kini. Kami berpandangan tidak semua terbitan berbahasa Melayu dimasukkan dalam korpus, lebih-lebih lagi terbitan terkini. Sumber korpus boleh dilihat melalui http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx. Korpus DBP merupakan antara fungsi Bahagian Peristilahan, DBP.Lain-lain01.06.2020
Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai untuk liveabilty? Kebolehunian atau daya huni. Contoh ayat : Bagi meningkatkan kebolehunian, mekanisme perancangan bandr yang lebih baik akan dibangunkan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perkataan liveability dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan liveability diterjemahkan kepada boleh huni atau kebolehhunian, mengikut konteks penggunaannya dalam ayat.Penyemakan dan penterjemahan31.03.2015
Mohon tuan jelaskan penggunaan bahasa yang betul bagi - suku kedua tahun 2013 ATAU suku tahun kedua 2013. Contoh ayat adalah: Banguan tersebut telah dibangunkan untuk beroperasi mulai suku kedua tahun 2013 (ATAU suku tahun kedua 2013). Terima kasih.Frasa yang tepat ialah suku tahun kedua 2013.Tatabahasa16.07.2013
123

Kembali ke atas