Tuan, lihat ayat (1) di bawah dahulu. 1. Saya berharap agar / bahawa minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga saya. dalam ayat (1) yang saya berikan, kata hubung "agar" atau "bahawa" lebih sesuai dan tepat digunakan? | Ayat yang gramatis ialah Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga. | Tatabahasa | 29.12.2014 |
Apakah terjemahan "condemned" dalam satu perkataan. Contoh ayat: I am in a condemned building on the top floor. Takrif di sini ialah bangunan yang diisytiharkan tidak selamat oleh PBT. Terjemahan untuk siaran televisyen tidak boleh menggunakan ayat panjang. Apakah perkataan tunggal untuk terjemahan "condemned"? | Bagi konteks ayat yang diberikan, padanan dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: condemned building - bangunan dibantah Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 15.06.2021 |
Salam sejahtera, Adakah penggunaan 'anggota' keluarga diterima?Sila beri pencerahan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain). Oleh itu, anggota keluarga boleh diterima. Contoh ayat, Saya berharap minat saya dalam bahasa Melayu tidak dibantah oleh anggota keluarga. | Lain-lain | 14.10.2020 |
Tn, kenapa "di bantah" harus dijarakkan sedangkan "bantah" adalah kata kerja dan "dipukul" pula boleh bersambung yang nama pukul juga kata kerja? Sila bagi nasihat dan panduan tentang penggunaan "di". Jasa baik pihak tuan "di dahului/didahului" ( sila pilih dan beri alasan ) dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk pengetahuan tuan/puan, ejaan yang betul untuk 'di-ban-tah' ialah 'dibantah'. Ejaannya bukan dijarakkan seperti yang tuan/puan nyatakan. Begitu juga dengan ejaan 'di-pu-kul'. Ejaan yang betul ialah 'dipukul' kerana pukul ialah kata kerja. Untuk keterangan lanjut tentang persoalan atau permasalahan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.12.2008 |