Mana satu yang lebih tepat (perkataan 'dibatalkan'/'terbatal'): ' ...jika pihak kami tidak menerima jawapan daripada tuan, tawaran ini dengan sendirinya dibatalkan' atau '...jika pihak kami tidak menerima jawapan daripada tuan, tawaran ini dengan sendirinya terbatal. | Yang paling tepat ialah "tawaran ini dengan sendirinya terbatal". | Tatabahasa | 03.09.2010 |
Mohon pencerahan berkenaan perbezaan penggunaan frasa "permohonan dibatalkan" dengan "permohonan ditarik balik". Terima kasih | Frasa "permohonan dibatalkan" dan "permohonan ditarik balik" mempunyai maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat. | Lain-lain | 12.01.2022 |
Salam. Dua ayat ini, penggunanan perkataan "jika" atau "kerana" ? Terima kasih. 1. Latihan tarian pada petang ini akan dibatalkan "jika" guru tarian tidak dapat datang. 2. Latihan tarian pada petang ini akan dibatalkan "kerana"guru tarian tidak dapat datang. | Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
apakah jawapan yang betul? Lapan orang peserta menarik diri. __________, program lawatan itu terpaksa dibatalkan a) Jadi b) Justeru c) mungkin d) Sebaliknya | Jawapan (c) mungkin | Lain-lain | 16.08.2016 |
Apakah terjemahan untuk X-Games dalam Bahasa Melayu? Contoh ayat: 1. Temasya X-Games di ibu negara baru-baru ini terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik yang melanda. 2. Kumar meminati sukan X-Games sejak berumur lapan tahun lagi. | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi X-Games ialah Sukan Ekstrem. | Lain-lain | 21.04.2021 |
Hasrat Aiman untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan terpaksa dimansuhkan. Adakah perkataan 'dimansuhkan' dalam ayat di atas salah penggunaannya? Salam. | Dimansuhkan bermakna dibatalkan. Jadi penggunaan perkataan dimansuhkan dalam tersebut tidak salah. | Istilah | 13.06.2014 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Saya sering menghantar beberapa soalan kepada pihak DBP melalui laman ini tetapi hanya soalan-soalan yang mudah sahaja dijawab sementara soalan yang agak rumit tidak diberikan jawapan. Malahan saya dinasihatkan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan soalan yang saya kemukakan. Jika ini amalan yang dibuat oleh pihak DBP elok laman ini dibatalkan sahaja. Terima kasih | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan atau teka kata di luar skop perkhidmatan ini. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaiatan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. DBP juga turut mengundang pelajar tersebut, datang ke Pusat Dokumentasi Melayu di Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Kami berharap sdr akan terus menggunakan khidmat KNDBP pada masa akan datang. | Lain-lain | 26.04.2008 |
perbezaan "dapat" dan "boleh"? | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga. b. Permit yang diberi boleh dibatalkan. c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po. d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya. Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh". Contoh: Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah). Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
| Makna | 30.10.2014 |
Apakah perbezaan antara "boleh" dengan "dapat"? | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga. b. Permit yang diberi boleh dibatalkan. c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po. d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya. Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh". Contoh: Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah). Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
| Tatabahasa | 21.11.2013 |