saya ingin bertanya tentang dibawah tentang translation dibawah....... We all = kita semua atau kami semua? | Dalam bahasa Melayu kata ganti nama kami (orang yang bercakap) dan kita (orang yang bercakap dan sekalian yang hadir) telah bermaksud ramai. Sila kenal pasti kata ganti nama yang tuan maksudkan dan penggunaan kami atau kita tidak perlu lagi diikuti kata semua. | Tatabahasa | 06.01.2014 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
1. apakah penggunaan perkataan 'dibawah' dalam ayat berikut perlu dijarakkan? contoh : i) secara umumnya peruntukan masa guru dalam melaksanakan tugas di sekolah masih dibawah tahap maksimum. ii) pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam secara umumnya, masih dibawah tahap gred purata kebangsaan. 2. adakah penggunaan perkataan berkerja sesuai digunakan dalam ayat berikut?; i) kajian mendapati bahawa guru-guru yang berkerja di sekolah awam lebih bersikap positif ii). Kini, 27% daripada guru di Australia terdiri daripada guru yang berkerja secara separuh masa. bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan perkataan berkerja dan bekerja dalam suatu ayat? | Dalam tatabahasa, ejaan yang betul ialah di bawah dan bekerja. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk ejaan dan makna perkataan. | Tatabahasa | 08.02.2017 |
Adakah frasa dibawah menepati Tatabahasa Bahasa Melayu? 1. Rasa Sebenar Penang 2. Rasa Autentik Penang Terima Kasih | Kami mencadangkan padanan fasa berikut: 1. Cita Rasa Pulau Pinang Sebenar. 2. Cita Rasa Pulau Pinang Asli. | Tatabahasa | 22.04.2024 |
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan. | Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar. | Tatabahasa | 04.01.2024 |
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan dengan tatabahasanya? Perap 170gm stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak di atas api sederhana, goreng stik selama 3-4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuang ke atas stik. | Perap 170 gram stik dengan 6 sudu besar sos lada hitam. Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Goreng tohor stik selama 3 hingga 4 minit. Panaskan baki sos lada hitam dengan hirisan bawang besar dan tuangkan ke atas stik. *Goreng tohor merujuk kepada pan fry | Tatabahasa | 29.12.2023 |
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih. | Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar. Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”. | Lain-lain | 11.04.2022 |
Bagi ayat dibawah ini, didapati perkataan "diasinkan" mempunyai imbuhan "-kan". Adakah perkataan "dikon, diawet dan dijeruk juga perlu ditambah imbuhan -kan? (7) Manufactured meat may contain— (a) where such meat or part of such meat is corned, cured, pickled or salted, sodium nitrite, potassium nitrite, sodium nitrate or potassium nitrate, alone or in combination, as permitted preservative, provided that the final product does not contain more than 200 ppm of total nitrate and nitrite calculated together as sodium nitrite; (7) Daging kilangan boleh mengandungi— (a) jika daging atau sebahagian daripada daging itu dikon, diawet, dijeruk atau diasinkan, natrium nitrit, kalium nitrit, natrium nitrat atau kalium nitrat, sendirinya atau dalam kombinasi, sebagai bahan pengawet yang dibenarkan, dengan syarat bahawa hasil terakhirnya itu tidak mengandungi lebih daripada 200 bsj jumlah nitrat dan nitrit dihitung bersama sebagai natrium nitrit | Kata terbitan terhasil melalui penambahan awalan, akhiran dan apitan. Ada perkataan yang boleh menerima awalan meN... atau apitan meN...kan (bentuk pasif di...kan) dan ada yang boleh menerima kedua-dua bentuk terbitan. Hal ini perlu merujuk kamus untuk memastikan pembentukan kata yang betul. Dalam konteks ayat yang diberikan, corned dalam bidang istilah diterjemah kepada kon seperti daging kon. Walau bagaimanapun dalam konteks umum, perkataan tersebut diterjemahkan kepada maksud yang terkandung dalam perkataan tersebut, contoh meat is corned ... boleh diterjemahkan kepada daging yang digaramkan (iaitu proses membubuh garam pada daging), diawet, dijeruk ... Corned dan salted sekiranya membawa maksud yang sama diterjemahkan sekali sahaja. | Istilah | 05.06.2021 |
Bagaimana ayat dibawah dijemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. 1. Light Oil Burner 2. Gas Burner 3. Heavy Oil Burner 4. Dual Fuel Burner 5. Modulating Gas Burner | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. Light oil burner: Penunu minyak ringan 2. Gas burner: Penunu gas 3. Heavy oil burner: Penunu minyak berat 4. Dual fuel burner: Penunu bahan api duaan 5. Modulating gas burner: Penunu gas pemodulasian Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 14.04.2021 |
MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH DALAM BAHASA MALAYSIA:- 1) SELF-DETERMINED MOTIVATION 2) HEALTHIER EATING BEHAVIORS | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined motivation diterjemahkan kepada motivasi penentuan kendiri. Manakala perkataan healthier eating behaviour diterjemahkan kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat jika bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2013 |