| Buku-buku yang dibawanya itu penuh hingga satu beg. Mengapakah ayat ini dikira salah? | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Ayat yang betul ialah "Buku-buku yang dibawanya itu penuh satu beg." | Tatabahasa | 01.10.2013 |
| apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu? | Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
| Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat? | Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku. | Tatabahasa | 15.09.2015 |
| maksud perkataan Perwira dan Satria | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; | Istilah | 18.06.2009 |
| Boleh kita namakan taman perumahan dengan perkataan "Bangsawan" Contoh : Villa Bangsawan , Bangsawan Resisdensi, atau Taman Bangsawan dan sebagainya. | Bangsawan bermaksud keturunan mulia. Dari aspek penggunaan bahasa Melayu perkataan bangsawan boleh digunakan, namun penggunaannya perlulah sesuai dengan konteks penggunaannya. Lazimnya kita menggunakan perkataan bangsawan seperti dalam frasa pentas bangsawan dan orang bangsawan. Jika nama Vila Bangsawan hendak digunakan penempatan tersebut mesti sesuai dengan konteks makna yang dibawanya. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
| 1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan. | Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak. 1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 2. Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: | Tatabahasa | 09.02.2010 |