Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibelanjakan

Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana Kelab Sukan memastikan duit yang diperoleh dibelanjakan dengan berhemah? Tolong betulkan. Terima kasihAyat yang lebih sesuai:

Bagaimana Kelab Sukan dapat memastikan duit dibelanjakan dengan berhemah?
Lain-lain18.05.2017
Mohon penjelasan yang lebih jelas. apakah sebenarnya konsep dan tujuan untuk membuat kertas cadangan dan kertas kerja. Justeru itu, apakah sebenarnya kaitan antara kertas kerja dan kertas cadangan. Jika ingin membuat satu laporan kos yang ingin dibelanjakan dan ingin dihantar kepada majikan, apakah format atau bentuk makalah yang lebih sesuai yang harus digunakan, atau adakah format nberbentuk kertas cadangan yang lebih sesuai. Hal ini kerana kos tersebut bukanlah termaktub dalam apa-apa projek ,majlis atau sebarang aktiviti. Apa yang ingin dilakukan hanyalah sebuah laporan kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan tambahan yang akan dibelanjakan bagi sesebuah projek tanaman kelapa sawit. Mohon penjelasan. Terima kasih

Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu isu atau persoalan.

Umumnya dalam kertas cadangan, laporan kos ini diletakkan di bawah perkara Anggaran Perbelanjaan dan perinciannya dijelaskan dalam Lampiran. Tidak ada format yang seragam bagi lampiran laporan kos ini. Penulisannya berdasarkan ketetapan dan keperluan sesebuah organisasi.

Makna27.02.2014
Perbezaan penggunaan perkataan antara walau bagaimanapun dengan bagaimana

Bagaimana bermaksud: 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;

Bagaimanapun bermaksud: biar apa pun yg terjadi;

Kedua-dua perkataan tersebut berlainan maknanya dan sudah tentulah cara penggunaannya dalam ayat pun pasti berbeza. 

Lain-lain21.08.2009
Betulkah terjemahan di bawah: She spent RM 30 for petrol to reach the nearest town from house. If she used RM 20 to reach her grandmother’s house, how much did she spend to continue to the nearest town? Dia membelanjakan RM30 ke atas minyak untuk tiba di pekan yang berhampiran dengan rumah. Jika dia menggunakan RM 20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk meneruskan perjalanan ke pekan itu?

Azeelia,

Ayat yang betul ialah: Dia menggunakan minyak sejumlah RM30 untuk sampai ke pekan yang paling hampir dengan rumahnya. Jika dia menggunakan RM20 untuk sampai ke rumah neneknya, berapakah jumlah wang yang digunakannya untuk meneruskan perjalanan ke pekan yang paling hampir?

Tatabahasa26.08.2010
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009

Kembali ke atas