Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada dewan peperiksaan ATAU Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Tatabahasa | 24.04.2007 |
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK | Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang). | Ejaan | 27.12.2011 |
Adakah kita dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam penulisan kreatif ? kalau boleh apakah kewajarannya? | Encik Jama, Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namundalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Semua pungutan tol hendaklah digunakan oleh pemegang lesen semata-mata untuk penyelenggaraan sempurna jalan yang mana orang awam dibenar untuk menggunakannya. ADAKAH PENGGUNAAN PERKATAAN "DIBENAR" DI DALAM AYAT DI ATAS TEPAT? ATAU PENGGUNAAN "DIBENARKAN" SEPATUTNYA DIGUNAKAN? | dibenarkan | Tatabahasa | 24.12.2008 |
Penggunaan kata ganti diri kedua yang manakah tepat bagi ayat berikut: "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. "Kalian tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. | Kedua-dua ayat tersebut betul, namun ayat yang gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian". | Tatabahasa | 19.10.2011 |
kenapa pengggunaan kata pengguat bebas dibenarkan wujud serentak dlm satu ayat?. sedangkan hukum nahu mengatakan hanya satu kata pengguat sahaja dibenarkan. contoh ayat: Raihana amat sangat rindu akan ayahnya. | Kata penguat bebas amat, sungguh, sangat kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang tetapi tidak berturutan dalam satu ayat, contoh: Rihana amat rindu akan ayahnya/Rihana rindu amat akan ayahnya. | Tatabahasa | 24.04.2009 |
Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan dan sebagainya dianggap sebagai kelewahan yang dibenarkan. Berdasarkan ungkapan ini, mungkinkah ungkapan inti sari, isi kandungan, mara ke hadapan dan yang seumpamanya dikategorikan sebagai kelewahan yang dibenarkan? Terima kasih. | Ungkapan cerdik pandai, hamba abdi, ilmu pengetahuan, inti sari dan sebagainya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada penerangan tentang kelewahan yang dibenarkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Secara prinsipnya kelewahan bukanlah suatu kesalahan tetapi unsur yang berlebih-lebihan. Contohnya kata terbitan diperbuatĀ yang dianggap lewah bagi dibuat. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Saya terbaca sajak Sebuah Malam. Penjodoh bilangan sebuah untuk malam dibenarkan dalam sajak? | Penggunaan "sebuah malam" dibenarkan bagi sajak sebagai kebebasan penyair (poetic licence). | Lain-lain | 04.11.2009 |
ayat di bawah seperti terdapat kesalah. tetapi saya kurang mahir dalam memperbaiki ayat tersebut. apakah ayat yamg lebih jelas dan mudah difahami patut saya gunakan? Melaksanakan semua pekerja yang dibenarkan dan barang-barang yang dibawa oleh mereka sebelum dibenarkan masuk ke dalam pesawat | Cadangan pembetulan adalah seperti yang berikut: Menguruskan semua pekerja dan barang yang dibenarkan dibawa oleh mereka sebelum dibenarkan menaiki pesawat. | Tatabahasa | 07.04.2009 |
mengapa ejaan Ehsan di dalam Selangor Darul Ehsan dibenarkan? dan bukan dieja sebagai Ihsan? Jika mana-mana syarikat mahu menggunakan nama ihsan tetapi dieja sebagai contohnya : Ehsan Takaful Berhad; adakah ini menjadi kesalahan, ataupun adakah ini dibenarkan kerana ia adalah suatu ejaan unik yang dimahukan oleh sesebuah syarikat. Adakah ejaan ini akan diberi/dianggap sebagai pengecualian seperti di dalam Selangor Darul Ehsan?Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah ihsan. Tidak ada kata ehsan dalam bahasa Melayu kecuali yang telah digazetkan kepada Selangor Darul Ehsan. Oleh itu, penamaan dan ejaan yang betul ialah Takaful Ihsan Berhad. | Lain-lain | 29.10.2010 |