Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada dewan peperiksaan ATAU Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Tatabahasa | 24.04.2007 |
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian. | Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik. | Lain-lain | 23.05.2014 |
Mohon memberi nasihat bagaimana hendak menterjemahkan ayat ini: "Bullying is not allowed". Adakah "Pembulian tidak dibenarkan" betul? Atau "Buli tidak dibenarkan"? | Terjemahan yang dicadangkan ialah Pembulian tidak dibenarkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2015 |
Mana satukah ayat yang betul? (1) Ali tidak dibenarkan menzahirkan maklumat. (2) Ali tidak dibenar menzahirkan maklumat. (3) Ali tidak dibenarkan menzahir maklumat. Mohon penjelasan penggunaan imbuhan yang betul. | Menzahirkan bermaksud menyatakan, menerangkan dan menjelaskan, dan ketiga-tiga perkataan ini yang sering digunakan dalam ungkapan kami. Pembentukan kata yang betul ialah membenarkan, bentuk pasifnya ialah dibenarkan. Pembentukan kata yang betul juga ialah menzahirkan, menjelaskan dan menerangkan. Ayat yang gramatis, seperti Ali tidak dibenarkan untuk menjelaskan maklumat itu.
| Tatabahasa | 16.06.2016 |
apakah dibenarkan penambahan 'an' pada perkataan 'komersil' ? | Daripada kata komersial boleh menerbitkan kata mengkomersialkan dan pengkomersialan. | Tatabahasa | 16.12.2014 |
ADAKAH DIBENARKAN PAPAN TANDA DENGAN NAMA TERSEBUT DIGUNAKAN? | Teks pada papan tanda tersebut perlu ditambah dengan perkataan "KEDAI BARANGAN SEMBAHYANG" | Lain-lain | 23.10.2014 |
Salam, Adakah dibenarkan dalan tatabahasa Melayu untuk kita menggunakan "hyphenated words" spt "printer-friendly" > "pencetak-ramah pengguna" dsb. TK | Tanda sempang lazimnya digunakan dalam kata ganda seperti rama-rama dan rumah-rumah. Istilah yang kami cadangkan bagi printer friendly ialah pencetak mesra pengguna (tidak perlu tanda sempang). | Ejaan | 27.12.2011 |
Encik< Antara 2 ayat yang berikut, manakah yang betul? 1. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu. 2. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu. Terima kasih atas kerjasama encik. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan projek pembinaan itu. | Lain-lain | 24.10.2016 |
Buku Rekod 8:55AM Assalamualaikum...maaf menganggu admin...sy ingin bertanya mengenai jawatan PSH yg ditawarkan...adakah seorang niqabis dibenarkan utk berniqab semasa interview dijalankan...atau mmg tidak dibenarkan sama sekali brniqab...mohon penjelasan...terima kasih | Waalaikumussalam. Untuk temu duga yang dijalankan di jabatan perkhidmatan awam, calon tidak dibenarkan menggunakan penutup wajah atau niqab. | Lain-lain | 02.09.2016 |
Soalan saya: "Mengagumkan" atau "Mengkagumkan". Adakah penggunaan kedua-duanya dibenarkan? Terima kasih. | Penggunaan yang dibenarkan hanya "mengagumkan". | Ejaan | 30.05.2016 |