Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberi

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Diberi bertali panjang.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi.
Perkataan diberi jika di awal ayat perlukah dieja begini, Diberi. Contohnya:

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.
Ejaan07.08.2018
Gaza CareCadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatianLain-lain12.02.2009
Tukar ayat aktif ke ayat pasif 1. kami berjanji akan menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar secepat yang mungkin. Jawapn Diberi: Tugasan yang diberi oleh Cikgu Mokhtar kepada kami berjanji akan disiapkan secepat mungkin. soalan saya adakah jawapan itu betul, "kami "merupakan kGD pertama, bolehkah "disiapkan " digunakan ? Terima kasih.

Jawapan yang diberikan tidak tepat.

Ya, 'kami' merupakan KGD pertama.

Cadangan jawapan:

Tugasan yang diberikan oleh cikgu Mokhtar akan kami siapkan secepat mungkin. 

Lain-lain31.08.2009
Bagaimana hendak menggunakan perkataan diberi dan diberikan? Adakah contoh berikut betul penggunaannya: "Diberi dan dimeterai dengan meterai mahkamah".Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan.
Contoh: 

Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif)
Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif)
Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif)
Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif)

Untuk soalan tuan, ayat yang betul ialah:

Diberikan dan dimeteraikan dengan meterai mahkamah  (atau)
Meterai mahkamah diberi dan dimeterai
Tatabahasa25.02.2020
Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi. Ayat yang diberi : Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Pilihan jawapan : 1 - Sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. 2 - Tingkh laku dan sahsiah seseorang individu dapat dibentuk menerusi institusi kekeluargaan.kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang telah diberi.Tatabahasa28.08.2007
Yang manakah pengunaan ayat yang betul: 1- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan ATAU 2- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan ; ATAU 3- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.Ayat yang betul ialah, "pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan", seperti dalam ayat kedua.Tatabahasa05.02.2014
Apakah perbezaan antara cikgu dengan guru? Kalau mengikut pandangan saya, cikgu ialah kata panggilan. cth: a) Latihan itu diberi oleh gurunya. b) Latihan itu diberi oleh cikgunya. kedua-dua ayat betul?Cikgu ialah panggilan kepada guru seperti Cikgu Sarimah. Ayat yang gramatis ialah Latihan itu diberi oleh gurunya atau Latihan itu diberi oleh Cikgu Sarimah.Tatabahasa29.07.2012
1) apakah tatacara penggunaan kata kerja diberi vs diberikan? 2) bilakah penggunaan kata sendi dibenarkan? cth: diberi kepada Ali atau diberikan kepada Ali?Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan.
Contoh: 
Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif)
Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif)
Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif)
Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif)
Tatabahasa16.01.2014
Mohon diberi penerangan tentang penggunaan frasa dalam ayat yang ditulis dalam akhbar tempatan.Terdapat banyak kesalahan dalam ayat contoh yang diberikan termasuklah pemilihan kata yang tidak sesuai, ejaan yang salah penggunaan kata terbitan yang tidak betul, penggunaan kata sendi nama yang tidak betul, penggunaan kata tanya dalam ayat penyata dan ayat tidak lengkap.
Contohnya dalam ayat 1: Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran. Penggunaan kata muda dan besar tidak tepat dari segi semantik (rujuk kamus untuk melihat makna ayat), begitu juga dengan penggunaan kata sendi nama dalam tidak sesuai dengan konteks ayat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi Sebagai sebuah negara yang pesat berkembang pemimpin Malaysia mengambil langkah berani demi kemajuan dan kemakmuran negara.
Begitu juga dengan ayat 2: Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru. Ayat ini boleh dibaiki menjadi Menurut Dr. Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan berusaha mendapat kepandaian dan keupayaan baharu. Sebab itulah penting bagi ibu bapa menggalakkan mereka membuat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baharu.
Untuk ayat 3 - 11 sila analisis dengan merujuk buku tatabahasa dan kamus.
Tatabahasa09.10.2012
adakah ayat ini betul? "Tempoh masa diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan mencukupi."

Puan Norasyikin, ayat yang betul ialah sama ada gunakan tempoh atau masa sahaja.

"Tempoh yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

" Masa yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

Makna24.02.2010
12345678910...

Kembali ke atas