Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberikannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam,Tuan/Puan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan bahasa dan kesalahan tatabahasa dalam ayat yang diberikan di bawah?Terima kasih Masalah dan Hal yang berlakunyav banyak kejadian dalam masa terkini.Mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Tempat yang kita tinggal dan tingkat Blok seperti Taman Cheng Mutiara.Seorang yang menghasilkan tugasan kepada orang lain seperti jirantetangga atau kita.Mungkinlah jiran tetangga bersikap malas mengimplementasikan tugasan yang diberikannya.Merekka berasa tindakan ini amat memboroskan dan membuang masa yang pulau di batu.Mereka akan mencari alasan yang banyak seperti seribu alasan untuk mengelakkan menjalankan tindakan dan tugasan tersebut.Pengendalian Blok itu akan mendapat wang yang ditentunya.Mereka seyogia mendapat wang bahkan bukan mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.Kita perlulah bertanggungjawab menanggung segala bebanan yang didatangnya.Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan keampunan diri untuk menangani kemelut diri sendiri.Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk menambahkan saling memahami untuk membantu mereka pada bila-bila masa.Aktiviti bergotong-royong haruslah kita meluangkan masa yang terluang.Dengan berbuat demikian,kita bukan saahaja dapat saling memahami bahkan juga boleh membersihkan kawasan di sekeliling kita.Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:
  1. Dari segi tatabahasa
  2. Tanda baca yang digunakan tidak betul
  3. Wujudkan ketidaksinambungan antara ayat
  4. Kesalahan ejaan
  5. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan:

Terdapat banyak masalah yang berlaku pada masa kini. Mereka kurang bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Seseorang itu perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran tetangga. Mungkin terdapat segelintir jiran tetangga yang bersikap tidak peduli terhadap tugasan yang diberikan. Mereka merasakan tindakan ini seperti membuang masa sahaja. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan tugasan tersebut. Pengurusan blok akan mendapat wang yang ditetapkannya. Mereka seharusnya memperoleh wang dan bukannya mewujudkan kemananan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Kita perlulah bertanggungjawab dan sanggup menanggung segala beban yang akan dihadapi. Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan kemampuan diri untuk menangani kemelut hidup. Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk memupuk sifat saling memahami dan saling membantu. Kita perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bergotong-royong. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat memupuk sikap saling memahami bahkan dapat memastikan kawasan sekeliling kita sentiasa bersih.

Penyemakan dan penterjemahan08.07.2021
1. meminta maaf kepada atau daripada seseorang?Frasa yang betul ialah "meminta maaf daripada". Untuk makluman puan, sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Sendi nama "daripada" juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Contoh ayat: "Aminah meminta maaf daripada ibunya."
Kata sendi nama "kepada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Contoh ayat: "Sisa makanan itu diberikannya kepada kucing."
Untuk pertanyaan yang akan datang, mohon berikan ayat yang lengkap bagi memudahkan kami membuat penelitian yang lebih tepat.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP 2008) halaman 269- 273 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1467.
Tatabahasa09.01.2025
Salam sejahtera tuan. 1. Wang baki atau baki wang betul? 2. Jika kedua-duanya betul maka apakah perbezaannya? Bolehkah tuan memberikan contoh untuk menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut. Sekian terima kasih.

Wang baki dan baki wang, kedua-duanya adalah betul dan mengikut konteks ayat yang digunakan. Sebagai satu frasa/istilah wang baki sama dengan wang kembali, iaitu lebihan yang dipulangkan setelah dibuat bayaran. Baki bermaksud lebihan dan boleh disandarkan pada kata nama yang lain termasuklah wang seperti baki wang membeli majalah diberikannya kepada budak itu. 

Tatabahasa02.08.2011
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016

Kembali ke atas