Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. tuan, jawapan yang salah dalam ayat ini ialah "diberitahukan" adakah benar? saya tidak faham mengapa "dengar" adalah betul dalam ayat ini tanpa menggunakan imbuhan. tq | Penggunaan perkataan 'dengar' dalam ayat tersebut adalah salah. Ayat yang betul ialah 'Saya tidak mendengar apa-apa yang yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar.' | Tatabahasa | 26.07.2011 |
Saya tidak dengar apa-apa yang diberitahukan oleh pegawai itu tadi kerana suasana hingar-bingar. (apakah kesalahan?) tuan, ini soalan peperiksaan sekolah saya, jawapan daripada guru ialah ddiberitahukan, tetapi saya memang susah untuk menerimanya. tq | Hingar-bingar bermaksud sangat bising, sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Penggunaan kata hingar-bingar dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 25.07.2011 |
erti perkataan aduan,(aduan awam) | Maknanya ialah hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.02.2010 |
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM' | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. | Istilah | 13.11.2009 |
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara. | aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); | Makna | 16.08.2007 |