Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibicarakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah penggunaan "ia" ?Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa21.01.2013
bolehkah terangkan penggunaan perkataan "ia".Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa28.11.2012
Bolehkah ganti nama "ia" digunakan benda selain haiwan? Contohnya ganti nama pokok dan tempat?Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa18.04.2018
Al-Quran bukanlah sekadar naskhah bacaan, bahkan ia merupakan Risalah Agung yang menyeru manusia kepada Allah. Bolehkah penggunaan ia di situ?Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk  benda/subjek yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, penggunaan ia yang merujuk Al-Quran tidak begitu sesuai digunakan. "ia" dalam ayat tersebut boleh digantikan dengan kitab.Tatabahasa07.11.2018
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih.

Puan Jeannet,

Makna 'relevan' ialah  berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan.  Kamus Inggeris Melayu Dewan.

  • (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. 
  • Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan.

    Makna18.01.2010
    Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya apkah perbezaan dibicarakan di mahkamah dihadapkan di mahkamah didakwa di mahkamah Terima kasih :)Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana diluar skop perkhidmatan KNDBP. Pertanyaan saudara ini memerlukan penelitian dan rujukan mendalam. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Lain-lain13.08.2021
    Bolehkah menggunakan kata ganti nama diri ketiga ia bagi menunjukkan sebarang situasi, undang-undang dan benda abstrak. Contoh, Pada asalnya, PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020, tetapi 'ia' telah dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2020.Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda atau subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda atau subjek yang dibicarakan.Tatabahasa15.01.2021
    Salam. Berdasarkan laman anda DBP, kata ia digunakan untuk benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan. Maksudnya boleh digunakan untuk orang, benda dan sesuatu perkara selain binatang bukan? Tetapi mengapa ayat berikut yang merujuk kepada benda dikatakan salah? "Farid membeli telefon baru. Ia berjenama Nokia." Ayat ini juga daripada lelaman anda. Mohon pencerahan.Mohon jelaskan berkaitan sumber yang tuan dapat mengenai maklumat menggunakan tatabahasa yang mengelirukan tersebut.Tatabahasa04.12.2020
    Apakah maksud kerelavanan mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kerelevanan berasal daripada kata dasar relevan yang bermaksud  ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib;oleh itu, kerelevanan bermaksud perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan.Istilah02.10.2009
    Jawapan untuk soalan 1 dan soalan 4 bercanggah.Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan, tetapi bukan binatang.Tatabahasa23.02.2012
    12345678910...

    Kembali ke atas