| Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua iaitu berbilang dan tak berbilang. Bagaimanakah kita membezakan antara konsep berbilang dan tak berbilang. Berikan contoh. Mengapakah "senyuman" dikategorikan dalam kumpulan "berbilang" padahal senyuman tidak dapat dibilang ? | Encik Rahim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Encik Rahim setahu saya juga mengikut buku-buku tatabahasa senyuman diletakkan sebagai kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang. Pertanyaan saya daripada manakah Encik Rahim mendapat penjelasan yang mengatakan senyuma itu diletakkan sebagai boleh dibilang. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.04.2009 |
| Adakah "semua" boleh digunakan di hadapan kata nama yang tidak boleh dibilang? Contoh: "All that screaming." <-- Semua jeritan itu. Atau "Jeritan itu" sudah mencukupi? | Frasa "Jeritan itu" sudah mencukupi. | Ejaan | 10.02.2022 |
| Bagaimana hendak membezakan kata nama berbilang dan tidak berbilang? Adakah kata nama berbilang "countable noun" dalam bahasa Inggeris? Terjemahan bagi itu kata nama berbilang atau hitung? | Kata nama berbilang ialah kata nama yang sifatnya boleh dibilang. Contohnya satu atau tiap-tiap senyuman, hembusan, bayangan, pendapat, rancangan dan gangguan. Semua kategori kata nama berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang ". Manakala kata nama tak berbilang ialah kata nama yang tidak dapat dibilang, contohnya angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, kesungguhan, keseronokan, keriangan, angkasa dan semangat. Semua kategori kata nama tak berbilang ini termasuk dalam golongan "Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang ". Countable noun ialah kata nama hitung /berbilang. | Tatabahasa | 02.11.2014 |
| Puan Lili menghulurkan seplastik buah oren kepada Siti. Tuan, ada perkataan lain tak yang boleh saya guna untuk menggantikan perkataan seplastik? | Buah oren boleh dibilang, lazimnya kita menyebut berdasarkan bilangan seperti satu biji buah oren atau dua biji buah oren. Jika buah tersebut dibungkus bolehlah digunakan satu bungkusan buah oren. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
| “Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta bengkel.” Inilah ungkapan yang biasa kita gunakan. Mengapakah ada orang berkata ungkapan ini tidak tepat. Adakah kerana ungkapan “terima kasih” tidak boleh dibilang? | Ungkapan ini boleh digunakan. "Ribuan terima kasih" digunakan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga yang diucapkan kepada peserta bengkel. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
| Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”. Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II, 2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama. Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama. Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157. | Lain-lain | 05.06.2025 |
| Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri Men | Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti. | Lain-lain | 25.11.2015 |