Penggunaan KGND ia dibolehkan untuk rujukan bukan manusia? ex: Lembu itu makan rumput.Ia makan dari pagi hingga petang. | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". kata ganti nama diri ini tidak boleh digunakan untuk binatang. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya. | Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
assalamualaikum, saya ingin bertanya samada penggunaan 'dek' dibolehkan dalam penulisan sesebuah karangan. seperti yang kita ketahui, dek berfungsi sebagai kata tugas. | Dek ialah kata tugas dan bersinonim dengan oleh kerana, sebab, lantaran. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu. | Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan koma sebelum perkataan dan. Adakah dibolehkan menggunakan koma sebelum perkataan 'dan'? Saya ada terbaca beberapa buku yang menggunakan penggunaan sedemikian. Bagaimanakah penggunaan yang sebetulnya? Contoh : telur, roti dan susu atau telur, roti, dan susu ? Seperkara lagi, bagaimanakah penggunaan 'al-Quran' yang sebetulnya? Adakah 'al' itu sepatutnya 'Al-Quran' atau 'al Quran dalam sesuatu ayat? Soalan terakhir, bagaimanakah penggunaan ayat dalam konteks huruf besar?misalnya tajuk Kesan-Kesan Buruk atau Kesan-kesan Buruk.Jika ia berupa tajuk,bagaimanakah penggunaan huruf besar untuk kata berganda seperti ini dan bagaimana pula penggunaan kata ganda dalam konteks ayat(bukan tajuk). Contoh: Negeri-Negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu. Sekian sahaja soalan saya. Sekian,terima kasih. | 1. Penggunaan tanda koma sebelum ‘dan’ lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum ‘dan’ biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur, dan surat khabar. 2. Ejaan yang didaftarkan dalam Kamus ialah al-Quran. 3. Kata ganda yang berfungsi sebagai tajuk dieja dengan huruf kecil seperti Hari Kanak-kanak Sedunia kecuali kata ganda tersebut telah didaftarkan dengan huruf besar. | Tatabahasa | 18.11.2011 |
Salam Sejahtera saya ingin bertanyakan penggunaan perkataan 'ini' di pangkal ayat.Adakah dibolehkan.Sebagai contoh, Ini rumah saya. Ini komputer.Ini buku.Harap saya mendapat penjelasan dari tuan.Terima kasih. | Perkataan ini boleh digunakan pada pangkal ayat. Ini ialah kata arah seperti dalam ayat contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 27.06.2012 |
Salam 1Malaysia, Mengapakah laras bahasa sastera (bahasa di dalam novel, cerpen dsbnya) dibolehkan tidak menepati hukum tatabahasa Melayu? Contohnya, penggunaan 'dan' pada awal ayat tidak menjadi kesalahan dalam laras sastera. Perkara ini mengelirukan pengguna bahasa terutama golongan pelajar. Harap dapat penjelasan. Terima kasih. | Pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu, perkataan "dan" memang tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Tetapi dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek. Oleh itu, perkataan "dan" itu berfungsi sebagai penegasan kepada ayat sebelumnya. Itulah yang kita namakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka. | Lain-lain | 26.05.2011 |
Salam, Adakah penggunaan kata gandaan sebanyak dua kali di dalam satu ayat dibolehkan? Contoh: Raja berangkat bersama pegawai-pegawai serta pengiring-pengiringnya pergi berburu. | Raja bersama pengiringnya berangkat pergi berburu. - tidak perlu lagi digandakan | Tatabahasa | 27.06.2008 |
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK | 1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat. 2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama). 3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca. | Tatabahasa | 07.07.2009 |
Tuan saya ada melihat perkataan berikut KASTAM DIRAJA KULIM - ditulis di bangunan kastam kulim,kedah. Adakah dibolehkan penggunaan bahasa tersebut. Difahamkan bahawa Kulim bukanlah sebuah negeri dan tidak pernah ada Raja di Kulim. KASTAM DIRAJA MALAYSIA - memang betul sebab Malaysia mempunyai Raja. | Sdr. mairagsaad, memang jika dilihat sepintas lalu seolah-olah tidak terdapat apa-apa kesalahan pada rangkai kata tersebut. Tetapi bagi rangkai kata seperti ini sepatutnya ditulis seperti ini. KASTAM DIRAJA MALAYSIA, KULIM. Terima kasih. | Makna | 02.10.2007 |