1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif | 1. jawapan yang betul ialah pada peringkat. 2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan. | Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 14.04.2014 |
apakah bentuk dan gaya retorik? Apakah Retorik Lisan dan Penulisan dalam pelbagai genre? | Gaya boleh mambawa maksud cara menulis/mengarang atau bertutur dengan menggunakan kata-kata dan penyusunan ayat yang sesuai. Retorik (linguistik) merupakan kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Boleh juga merujuk seni menggunkan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato. Boleh juga merujuk bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan - bahasa retorik. | Lain-lain | 29.08.2006 |
Cikgu, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan "bentuk sengau"? 2. Apakah maksud "daerah artikulasi" dan "homorganik"? 3. Adakah soalan saya dalam no.1 dan no.2 terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Jika terdapat cikgu sila nyatakan muka surat tersebut. Terima kasih. | 1. Sengau adalah dengan bunyi suara yg keluar melalui hidung apabila bercakap; huruf ~ huruf (spt n, ng) yg dilafazkan dgn mengeluarkan udara melalui rongga hidung; sengau-sengauan bercakap-cakap spt orang sengau; menyengaukan melafazkan (huruf dll) dgn bunyi yg keluar melalui hidung: vokal i yg berlaku selepas atau sebelum konsonan n spt pd perkataan ini, disengaukan; sengauan bunyi sengau, sebutan sengau; kesengauan sifat (keadaan atau bunyi) sengau: ~ yg sengaja dibuat-buat utk menyindir sese-orang; penyengauan perbuatan menyengaukan sebut-an (sesuatu huruf). 2. Artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; Homorganik ialah istilah linguistik untuk huruf konsonan yang disebut dari posisi yang sama seperti huruf m, p dan b. Tidak ada maklumat terperinci tentang ini dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku linguistik seperti buku Linguistik: Teori dan Aplikasi, terbitan UKM. Saya cadangkan puan mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
yang manakah betul: - sila buat bayaran /sila buat pembayaran - bayaran yang diterima... / pembayaran yang diterima... - kami tidak menerima sebarang bayaran daripada anda / kami tidak menerima sebarang pembayaran daripada anda - bayaran yang dibuat gagal / pembayaran yang dibuat gagal | Kedua-dua frasa tersebut betul dan boleh digunakan. Bayaran bermaksud wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: manakkala "pembayaran"perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; | Tatabahasa | 13.10.2017 |
1. dibuat daripada 2. diperbuat daripada adakah kedua-duanya juga betul? terima kasih. | Kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri buat, kata terbitan membuat sama maksudnya dengan memperbuat (bentuk pasifnya dibuat dan diperbuat). | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Salam....saya nk buat pengesahan bahasa utk papan iklan... saya taktahu nak buat macamana..boleh beri panduan atau saya da hubungi no yg di beri tapi tak angkat call.... | Wasalam. Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 2. Bagi pendaftaran dalam talian, tuan perlu mendaftar dahulu bagi mendapatkan id akses dan kata laluan. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 09.07.2018 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Apakah yang emak sedang membuat? 2. Apakah yang emak sedang buat? 3. Apakah yang sedang dibuat oleh emak? | Puan Ng, Ayat yang betul ialah 'Apakah yang sedang dibuat oleh emak?' | Tatabahasa | 21.06.2010 |
Selamat pagi, Anatara yang kedua- dua ayat di bawah, yang manakah betul? A) Kerja itu hendaklah anda buat dengan teliti. B) Kerja itu hendak dibuat dengan teliti oleh anda. | Ayat (A). Walau bagaimanapun, ayat yang lebih baik, cukup sekadar: Kerja itu hendaklah dibuat dengan teliti. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Saya nak buat sign board untuk pusat tuisyen. Bagaimana saya naj mohon? | Tuan, Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan premis boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. 2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Walau bagaimanapun, pada bulan Ramdan, kaunter dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. 3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, puan perlu meletakkan keterangan aktiviti yang hendak ditonjolkan dalam bahasa Melayu, seperti KELUARAN TERKINI, JUALAN HEBAT, PROMOSI BESAR-BESARAN atau yang bersesuaian. Contoh boleh dilihat pada lampiran yang disertakan. | Lain-lain | 22.06.2019 |