| Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT Sebelum ini saya pernah mengemukan pertanyaan mengenai minit mesyuarat yang telah dibubarkan kerana jawatankuasa tersebut ditubuhkan HANYA untuk mengendalikan satu aktiviti sahaja iaitu Qurban Perdana 2015. Dan jawatankuasa lain akan ditubuhkan pada tahun 2016 dan dikendalikan oleh jabatan lain. Soalan : Adakah dibolehkan Pengerusi menandatangai minit mesyuarat memandangkan jawatankuasa terdahulu telah dibubarkan. ATAU Pengerusi akan menandatangani minit mesyuarat untuk pengesahan apabila Jawatan kuasa baharu ditubuhkan dan dikendalikan oleh jabatan lain. Mohon pencerahan. Sekian. Terima kasih. | Merujuk amalan dalam organisasi kami, minit mesyuarat ditandatangani oleh pengerusi setelah dibincangkan dalam mesyuarat. Dalam hal ini, minit mesyuarat mengandungi kata alu-aluan, perbincangan, perkara berbangkit, pengesahan minit dan hal-hal lain. Setiap item ini akan diteliti satu demi satu dan akhirnya barlah ditandatangani oleh pengerusi. Justeru, pengerusi mesyuarat pada ketika itulah yang akan menandatangani minit tersebut, walaupun berkemungkinan pengerusi mesyuarat terakhir bukanlah pengerusi dalam mesyuarat sebelumnya. | Tatabahasa | 12.10.2015 |
| Apakah maksud makneka? Contoh ayat : Aplikasi serba makneka ini harus dibubarkan | Perkataan makneka tidak terakam dalam mana-mana kamus DBP. Kata ini juga tidak terdapat dalam korpus DBP. Walau bagaimanapun penggunaan kata ini kedapatan dalam Internet, contohnya: Segala makneka ada... segala makneka dia boh dlm tu ada sgalo makneka sini Rupanya, segala makneka ada eh Kami perlu membuat penelitian dan kajian lanjut tentang perkataan ini.
| Makna | 08.02.2023 |
| Memang betul perkataan "glamor" masih digunakan dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan. Guru sekolah berkata bahawa perkataan "glamor" tidak boleh digunakan dalam karangan kerana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada dam ini bermaksud perkataan tersebut telah dibubarkan. Bolehkah saya tahu bahawa adakah perkataan "glamor" boleh digunakan semasa PMR? | Kata glamor terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini telah lazim digunakan dalam penulisan umum. | Lain-lain | 19.02.2008 |
| Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya ingin bertanyakan kemusykilan berikut untuk memantapkan penguasaan dalam menyediakan minit mesyuarat yang efektif dan berkesan. 1. Saya dilantik sebagai Setiausaha Satu jawatankuasa Induk peringkat Bahagian dan dalam masa yang sama sebagai pencatat minit. Soalan : Jika mesyuarat tersebut telah membubarkan Jawatankuasa Pengelola, adakah boleh diletakkan ayat berikut : " Oleh kerana tiada hal-hal lain, Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditamatkan pada jam 12.00 tengah hari ATAU Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. " Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari * Mohon pencerahan Terima kasih. | Pengerusi memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat, Jawatankuasa Pengelola Majlis Ibadah Qurban Perdana 2015 dibubarkan dengan rasminya. Mesyuarat ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari. | Tatabahasa | 07.10.2015 |