Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibubuh

Puisi
 

Cik Siti menjual nangka,
     Dibubuh mari di dalam raga;
Haram sekali tak kusangka,
     Ular lidi membunuh naga.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perlukah koma dibubuh di depan kata hubung? Contohnya, Ibu menjahit baju, manakala bapa dan adik menonton televisyen / Hari Keluarga diadakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan ibu bapa, di samping mencungkil bakat.

Saudara,

Tanda koma perlu diletakkan di hadapan kata hubung seperti dalam contoh ayat yang dikemukakan.

Tatabahasa28.02.2010
Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif)Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut.Tatabahasa05.06.2013
Kakak menggilap se------------- cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada se------------- kain buruk. A. buah...helai B biji.....cebisAyat yang betul - Kakak menggilap sebiji cawan tembaga dengan bahan penggilap yang dibubuh pada sehelai kain buruk. Tatabahasa11.08.2010
Encik, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan 'memalukan'. Adakah munasabah perkataan 'malu', iaitu kata adjektif, tetap menjadi kata adjektif jika dibubuh imbuhan me-N...kan? Bukankah setiap perkataan apabila dibubuh imbuhan me-N...kan akan menjadi kata kerja transitif, iaitu perlu diikuti oleh objek. Justeru, manakah antara ayat-ayat berikut yang betul dan tepat dari segi tatabahasa? 1. Perbuatan Ali memalukan. 2. Perbuatan Ali amat memalukan. 3. Perbuatan Ali memalukan kami. 4. Perbuatan Ali amat memalukan kami. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.

Semua contoh ayat yang saudara berikan itu betul. Perkataan malu ialah kata adjektif dan apabila menerima imbuhan me-N...kan menjadi kata kerja transitif, memalukan. Kata kerja transitif yang membawa unsur emotif lazimnya menggugurkan objek (kata ganti nama diri). Oleh itu, ayat yang saudara berikan itu betul. Ayat 1 dan 2 digugurkan objek. Ayat 3 dan 4 merupakan ayat lengkap yang tidak digugurkan objek.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa09.04.2009
Manakah rangkai kata yang betul , pertandingan berenang atau pertandingan renang ? Bolehkah membuat penerangan ? Terima kasihPertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. Sebaliknya sekiranya kata itu merujuk kepada benda, contoh: panah - Pertandingan memanah. Sekiranya imbuhan tidak dibubuh kata atau frasa tersebut akan merujuk kepada benda (panah) tersebut.Lain-lain21.04.2009
Salam 1 Malaysia..saya ingin kemukakan pertanyaan. Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita _________ rasanya kerana tidak dibubuh gula. A manis B masin C pahit D masam # bolehkah pahit dikira sebagai jawapan?harap DBP boleh membantu memberi jawapan tepatAyat yang betul dari segi tatabahasa dan aspek makna ialah: Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita pahit rasanya kerana tidak dibubuh gula.Makna16.10.2014
kata sifar apabila dibubuh imbuhan me..kan bagaimanakah ejaannya/ adakah mensifarkan atau menyifarkan?Kata sifar apabila menerima imbuhan meN menjadi menyifarkan.Tatabahasa03.10.2007
Kata asal JAWAB. Kalau dibubuh imbuhan AN. Mana yang betul, JAWABAN atau JAWAPANKata dasar jawab + -an menerbitkan kata jawaban dan jawapan. Kedua-dua bentuk ejaan diterima, bentuk pertama (jawaban) kerana proses gabungan dan bentuk kedua (jawapan) kerana bunyi yang dihasilkan daripada sebutan, iaitu jawapan (bukan jawaban) dan sebutan ini telah mantap dalam kalangan penutur jati.Ejaan03.02.2020
adakah semua kata ganda mesti dibubuh tanda sempang?

Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu, penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 76.

Tatabahasa16.09.2008
menurut kamus tatabahasa, 'banyak' perlu dibubuh di depan kata kerja. oleh itu, 1) Susu banyak mengandungi khasiat. dan 2) Susu mengandungi khasiat yang banyak. adalah ayat yang betul? Menurut hukum D-M pula, 1) Susu mengandungi banyak khasiat. Jadi, ayat manakah yang betul? Atau semua ayat tersebut boleh diterima? Terima kasih.Banyak perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama. Ayat - Susu banyak mengandungi khasiat - betul, iaitu banyak + Frasa Nama. Ayat 2 -  Susu mengandungi khasiat yang banyak, juga betul (bentuk pasif). Ayat 3 - Susu mengandungi banyak khasiat, tidak betul mengandungi merupakan Kata Kerja Transitif, oleh itu perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama sedangkan banyak merupakan Kata Adjektif.Tatabahasa11.07.2008
123456

Kembali ke atas