Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuka

Puisi
 

Gebar dilipat kain dibuka,
     Kasut berbunga benang dandan;
Khabar dapat kirim pun ada,
     Serasa nyawa sekalian badan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Jemur terkekar ayam tiba.

Bermaksud :

Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dibuka untuk disewa ATAU Dibuka untuk sewaan ?cadangan kami : Dibuka untuk penyewaanTatabahasa29.07.2008
AKAN DIBUKA RESTORAN TERAPUNG VERSI BARU

Lain-lain18.12.2017
Bilakah pertandingan menulis buku kssr untuk tahun 6 akan dibuka? Mohon pencerahan. Sekiranya telah dibuka dimanakah saya boleh dapatkan borang untuk pertandingan dan maklumat berkaitan?Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my.Lain-lain27.05.2015
Salam Sejahtera, saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk : 1) AKAN DIBUKA 2) PROMOSI Terima kasihEjaan Jawi bagi perkataan Akan Dibuka ialah  اکن دبوک dan ejaan Jawi untuk Promosi ialah ڤروموسي

Lain-lain10.12.2021
salam sajahtera, Adakah penggunaan ayat berikut sesuai atau kurang sesuai pengunaan struktur ayatnya."PENGAMBILAN JANUARI KINI DIBUKA"Ayat yang betul ialah "PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI KINI DIBUKA".Tatabahasa25.01.2011
Atie Atiya Jul 4th, 12:19pm assalamualaikum.. saya ada satu soalan.. kenapa borang ASEAN Young Writers Award tidak dapat dibuka.. sy dah cuba banyak web, tapi masih tak dapat dibuka.. harap maklum.. terima kasih..Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, puan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.myLain-lain04.07.2014
Adakah menjadi satu normalisasi penggunaan perkataan liburan pada masa kini. Penggunaan perkataan seperti ini tidak menjadi satu kebiasaan pada tahun 90an dan 2000an dahulu terutama untuk sesuatu artikel rasmi. Sila rujuk lampiranLampiran tidak boleh dibuka. Sila hantar semula soalan berserta lampiran yang boleh dibuka. Gambar tangkap layar tidak boleh dibuka.Makna20.10.2025
boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyanPerkataan yang sesuai digunakan ialah orang awam. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah talian ini dibuka kepada orang awam untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan.Tatabahasa08.09.2017
Assalamualaikum. Mohon pencerahan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat ini betul: 'Telefon anda boleh dibuka kuncinya oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.' Apakah fungsi 'nya' dalam ayat tersebut? Terima kasih.Ayat yang betul: Kunci telefon anda boleh dibuka oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.

-nya merupakan kata ganti diri ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA halaman 103-104)
Tatabahasa20.08.2019
Assalamualaikum tuan, "Pengawas sekolah mula kembali bergerak lebih aktif pada tahun 2020, dengan keahlian yang mula dibuka kepada pelajar arus perdana." "mula kembali bergerak", benarkah penggunaan ayat tersebut?Ayat yang betul ialah Pengawas sekolah mula bertugas lebih aktif pada tahun 2020, keahlian baharu akan dibuka untuk pelajar arus perdana.Tatabahasa03.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas