Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih. | Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat. (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. | Tatabahasa | 03.07.2010 |
Adakah ayat ini betul? sel dibungkus oleh shell silika | Ayat yang diberikan tidak lengkap. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat. | Tatabahasa | 15.02.2020 |
Puan Lili menghulurkan seplastik buah oren kepada Siti. Tuan, ada perkataan lain tak yang boleh saya guna untuk menggantikan perkataan seplastik? | Buah oren boleh dibilang, lazimnya kita menyebut berdasarkan bilangan seperti satu biji buah oren atau dua biji buah oren. Jika buah tersebut dibungkus bolehlah digunakan satu bungkusan buah oren. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
saya nama tohiroh kipan pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna bungkus terimakasih | Menurut data kami, perkataan bungkus bermaksud 1 penjodoh bilangan untuk sesuatu yang dibalut dengan kertas dan sebagainya: Tolong belikan saya rokok dua ~. 2 apa-apa yang digunakan untuk membalut: Apakah yang ada di dalam ~ kertas itu? membungkus membalut sesuatu dengan kertas dan lain-lain supaya tidak kelihatan: Emak saya sedang ~ nasi lemak dengan daun pisang. bungkusan sesuatu yang sudah dibungkus: Setiap ~ yang dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. pembungkusan perihal, perbuatan, proses dan sebagainya membungkus. pembungkus sesuatu (kertas, kain dan sebagainya) yang digunakan untuk membungkus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=BUNGKUS | Makna | 09.11.2015 |
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. oneng-oneng - anak piut (keturunan yg kelima) 2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus 3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus. 4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp. 5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami 6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetrasperma; 7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan 8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Icacinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata. 9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata. 10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus. 11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni | Makna | 02.04.2014 |