| Bagai murai dicabut ekor atau bagai murai tercabut ekor? Terima kasih. | Bagai murai dicabut ekor | Tatabahasa | 11.05.2015 |
| Sri Shan Balaraman WED 10:46PM Salam... saya nak kepastian tentang peribahasa... yang mana satu betul penggunaannya...Bagai murai tercabut ekor atau Bagai murai dicabut ekor? Tq | Salam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Jawapan persoalan tuan/puan ialah "Bagai murai dicabut ekor". | Lain-lain | 31.08.2016 |
| 1. Apakah maksud minit curai? 2. Apakah perbezaan antara minit curai dengan minit mesyuarat sebenar? Terima kasih. | Curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. | Makna | 13.03.2008 |
| Apakah makna minit curai ? Terima kasih. | Curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan. | Makna | 05.04.2010 |
| Mohon pandangan tuan bagi jawapan yang betul Terima kasih | Berdasarkan ayat tersebut, jawapan yang paling tepat ialah "sekaki", iaitu "Samad memerhatikan abangnya mencabut sekaki halia di belakang rumahnya". Hal ini disebabkan "halia" apabila dicabut dan didirikan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa tidak semua benda boleh diberikan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 02.09.2015 |
| Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkan | Peribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 04.09.2024 |
| Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah. | Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah. | Makna | 27.12.2018 |
| Saya nak semak guna ayat berikut: 1. MATIKAN PLUG SEBELUM PULANG 2. SUHU PENDINGIN UDARA YANG OPTIMA 3. JOM JIMAT ELEKTRIK 4. TOLONG MATIKAN SUIS SEBELUM KELUAR 5. MATIKAN MONITOR KOMPUTER SEBELUM PULANG 6. TAHUKAH ANDA? JANGKA HAYAT LAMPU LED LEBIH 2 KALI GANDA LEBIH LAMA 7. TAHUKAN ANDA? KOS TENAGA ELEKTRIK LAMPU KALIMANTAN IALAH RM10 SEBULAN 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA Tq | 1. Pastikan Plag Dicabut Sebelum Pulang. 2. Gunakan Suhu Penyaman Udara yang Optimum. 3. Tolong Tutupkan Suis Sebelum Keluar. 4. Tutupkan Monitor Komputer Sebelum Pulang. 5. Tahukah Anda? Jangka Hayat Lampu Led 2 Kali Ganda Lebih Lama Berbanding lampu biasa. 6. Tahukah Anda? Kos Tenaga Elektrik Lampu Kalimantan 4' ialah Rm10 Sebulan. 7. Betulkan Tahukan Anda? kepada Tahukah Anda? 8. Tolong Tutupkan Pemanas Air Sebelum Pulang. 9. Jimat Tenaga Pket Selamat.
| Lain-lain | 03.10.2016 |
| bagaimanakah format sebenar minit mesyuarat dan minit tercerai | Untuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Minit curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. | Lain-lain | 27.11.2010 |