Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicapai

Puisi
 

Sayang tidak berguna lagi,
     Hujan lebat arus berduri;
Saya tidak kempunan lagi,
     Sudah dicapai di hujung jari.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kayu dikatakan batu,
     langit hendak dicapai dengan tangan.

Bermaksud :

Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)

622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sesuaikah ayat ini : Program-program untuk dicapaiCadangan jawapan: Program-program yang perlu dicapai...Lain-lain20.09.2017
apakah maksud matlamat dan objektifMatlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai.Objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai; matlamat; tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.07.2009
Apa terjemahan "milestone" yang merujuk kepada sesuatu tahap yang sudah dicapai dalam satu projek yang besar?Tiada padanan "milestone" yang merujuk kepada sesuatu tahap yang sudah dicapai dalam satu projek yang besar. Kami mencadangkan kata tanda aras atau penanda aras, titik sasaran, peringkat operasi atau carta perbatuan, digunakan mengikut kesesuaian konteks dan penggunaannya.Lain-lain05.10.2023
Saya mendapati laman sesawang prpm bermasalah dan tidak boleh dicapai. Bilakah sistem akan kembali pulih dan boleh digunakan seperti biasa?Kami memohon maaf atas kesulitan yang saudara hadapi. Untuk makluman, portal PRPM kini boleh dicapai seperti biasa. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan PRPM.Lain-lain03.08.2023
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM?Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos.

USM- tempat.
 Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT.
Tatabahasa02.08.2012
apakah perbezaan istilah matlamat dengan objektif?Matlamat dan objektif mempunyai makna yang sama, iaitu sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai.Makna20.01.2010
Selamat sejahtera tuan, mengapakah kamus inggeris tidak terpapar ketika carian kata baru-baru ini?Kami memohon maaf atas kelewatan memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) tidak dapat dicapai sepenuhnya atas beberapa masalah teknikal pada tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, kini PRPM boleh dicapai sepenuhnya. Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan terima kasih kerana menggunakan PRPM sebagai rujukan utama bahasa Melayu.Lain-lain30.07.2023
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza?Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama.Tatabahasa28.04.2012
Bolehkah "mimpi" didefinasikan sebagai cita-cita ataupun sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup masa depan ?Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mimpi ditakrifkan sebagai 1. sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan.Makna26.10.2010
1. Prestasi 2. Berprestasi1. Hasil yang telah diperoleh (dicapai dll.), pencapaian. 2. Berprestasi (mempunyai) (menunjukkan) prestasi.Makna23.03.2007
123456789

Kembali ke atas