Assalamualaikum. Tuan Sulaiman Kaiat. 1. Saya ingin bertanyaan berhubung penggunaan gelaran puan atau cik bagi wanita yang telah kematian suami atau yang telah diceraikan? 2. Apakah perbezaan maksud bagi wanita yang disebut janda dan balu? Terima kasih di atas maklumbalas tuan Hisham Bin Othman @ Mohd. 28.04.2019 | Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik. Janda ialah gelaran kepada perempuan yang pernah berkahwin dan sudah bercerai. Manakala "balu" ialah gelaran bagi perempuan yg suaminya sudah meninggal.
| Makna | 28.04.2019 |
ceraikan suku kata untuk 1. tiup = ti + up 2. naik = na + ik 3. menaiki = me + na + ik + i 4. meniup = me + ni + up adakah suku kata di atas diceraikan dengan betul? | 1. tiup = tiup 2. naik = nai/ 3. menaiki = me.nai.ki 4. meniup = me.niup | Tatabahasa | 22.03.2015 |
Apakah maksud peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni"? | Peribahasa yang betul ialah "Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi" bermaksud "Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan". | Lain-lain | 01.11.2009 |
Tuan, Saya ingin tahu, adakah merujuk semula hanya boleh digunakan dalam situasi suami isteri yang beragama Islam saja? Kita melalui perpisahan dan merujuk semula. Terima kasih. | "Merujuk semula" untuk maksud kembali (berkahwin) dgn isteri yang sudah diceraikan tidak dikhususkan untuk suami isteri yang beragama islam sahaja. | Lain-lain | 25.06.2020 |
Salam, kata "berkaitan" atau "berkenaan" harus diikuti dengan kata "dengan." Betul? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 940 dan 1044, perkataan “berkaitan” dan “berkenaan” boleh diikuti kata sendi nama “dengan” atau tidak, bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat, seperti contoh ayat yang berikut: berkaitan: i. Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan tentang atau “berkaitan dengan” syarikat atau perbadanan. ii. Pelbagai kursus yang “berkaitan” akan diperkenalkan di pusat itu. berkenaan: i. “Berkenaan dengan” tawaran tersebut, anda diberikan masa satu minggu untuk memikirkannya. ii. Tuntutan yang “berkenaan” harta sepencarian boleh dibuat oleh isteri yang diceraikan. | Tatabahasa | 22.10.2024 |