Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicipta


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat. mohon pencerahan 1. Adakah imbuhan di wajib diikuti oleh kata sendi oleh? Contoh: dicipta oleh.. 2. Ayat yang manakah yang betul? a) Permainan itu dicipta orang Melayu pada ketika itu. b) Permainan itu ciptaan orang Melayu pada ketika itu. Terima kasihUntuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh ayat Permainan itu dicipta orang Melayu pada ketika itu dan ayat Permainan itu ciptaan orang Melayu pada ketika itu merupakan ayat yang betul. Tatabahasa22.02.2021
Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.Adakah ayat ini mempunyai kesalahan bahasa?Jika ada, mengapakah itu adalah salah.Ayat yang betul ialah “Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.” Frasa “kenderaan yang moden” kurang tepat kerana pasangan kata dalam ayat tersebut ialah kenderaan konvensional. Tatabahasa09.12.2021
Mengapakah kenderaan yang moden yang salah? Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.

Ayat yang betul ialah “Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan konvensional sebagai pengangkutan awam.” Frasa “kenderaan yang moden” kurang tepat kerana pasangan kata dalam ayat tersebut ialah kenderaan konvensional. 


Tatabahasa13.10.2021
Terima kasih untuk jawapan yang diberikan. Jawapan : ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri dan perlu dieja rapat. Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Penggunaan yang betul ialah "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa" Saya faham dengan penggunaan yang betul tentang "Aku dicipta, Aku berjalan dan Aku tertawa." Namun terdapat penggunaan tidak lazim bagi singkatan "Ku" dalam lirik lagu, puisi dan sebagainya. Jadi manakah yang betul "Ku dicipta" atau "kudicipta"; "Ku berjalan" atau "Kuberjalan"; "Ku tertawa" atau "Kutertawa". Terima kasih.Untuk makluman, dalam penulisan karya sastera mempunyai "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan ialah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu.

Ejaan yang betul ialah "kudicipta", "kutertawa", "kuberjalan".
Tatabahasa17.06.2023
Adakah sudah diputuskan atau dicipta ejaan untuk HUSNUDZON (biasa dieja begini) yang bermaksud 'bersangka baik'. Terima kasih!Tidak ada perkataan "husnudzon" dalam bahasa Melayu. Dalam teks bahasa Melayu, gunalah terjemahannya, iaitu bersangka baik.Tatabahasa19.02.2021
1. Create Project Task Apakah tejemahan yang sesuai untuk perkataan 'create'. Ini ialah antara muka sistem IT. Adakah 'Cipta Tugas Projek'? 2. Created By Untuk ini pula, adakah 'Dicipta Oleh' terjemahan yang sesuai? Terima kasih.1. Kami mencadangkan teks "Create Project Task" diterjemahkan kepada "Reka Tugas Projek"
2. Terjemahan bagi teks "Create By" ialah "Dicipta oleh"
Penyemakan dan penterjemahan05.10.2019
Salam sejahtera, tuan/puan. Mohon untuk menyemak tatabahasa untuk teks ini: Tag Bahasa Melayu perlu disertakan pada metadata lagu, panduan, atau halaman yang dicipta menggunakan Bahasa Melayu serta pada mana-mana halaman yang mengandungi jumlah teks signifikan dalam bahasa tersebut.Ayat yang betul ialah Penandaan bahasa Melayu perlu disertakan pada metadata lagu, panduan dan halaman yang dicipta menggunakan bahasa Melayu atau mana-mana halaman yang mengandungi teks yang signifikan dalam bahasa tersebut.Tatabahasa08.01.2024
Adakah penggunaan perkataan "Yama" dalam ayat: "Apa yang dicipta untuk manfaat masyarakat sejagat telah menjadi "Dewa Yama" kepada manusia." ?Untuk makluman, perkataan Yama tidak wujud dalam data pangkalan kami. Jika dilihat penggunaan Yama dalam contoh ayat ialah merujuk kepada dewa akhirat dalam agama Hindu. Menurut kepercayaan Hindu, yama ialah dewa yang pertama yang akan dijumpai oleh roh orang mati semasa menuju ke wilayah syurga.Makna18.05.2018
Penerangan tentang Fonem SuprasegmentalFonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan.Tatabahasa06.12.2007
Salam. Apakah yang dimaksudkan dengan karya fiksyen sains?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, fiksyen bermaksud karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yang diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi.

Daripada definisi tersebut, karya fiksyen sains bolehlah ditakrifkan sebagai karya sastera seperti novel dan cerita pendek yang  bertemakan/berkaitan dengan sains.
Makna19.05.2015
123456

Kembali ke atas