Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicuci

Puisi
 

Kain putih dicuci putih,
     Tengah mencuci sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Setengah kasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Batik Semarang,
     makin dicuci makin terang.

Bermaksud :

Perempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baju dicuci oleh emak. Jika belakang dicuci tidak menulis "oleh" , ayat ini betul atau tidak ? Bilakah hendak menulis "oleh" ? atau semua ayat pasif mesti diikuti di ... oleh ?Bagi perbuatan yang dilakukan oleh manusia, adalah lebih baik dikekalkan penggunaan kata bantu oleh, manakala bagi kata kerja yang dikaitkan dengan bukan manusia, penggunaan kata oleh boleh digugurkan sebagai pilihan. Contoh: tulang itu digonggong oleh anjing. Jika digugurkan kata oleh - tulang itu digonggong anjing. Contoh lain: tulang itu dibawa oleh Ali. Jika kata oleh itu digugurkan, ayat tersebut kurang gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa24.08.2009
Yang manakah ayat yang betul? 1.(a)Baju itu diubah untuk dijadikan baju pengantin. (b)Baju itu diubah untuk menjadikan baju pengantin. 2.(a) Baju itu dicuci untuk dipakai semula (b) Baju itu dicuci untuk memakai semulaKesemua ayat teersebut tidak salah dari segi bahasa. Walau bagaimana pun ayat yang terbaik ialah Ayat 1(a) dan 2(a) Makna30.10.2017
Ayat Aktif tukar kepada Ayat Pasif, yang manakah betul ataupun kedua-dua boleh diterima? Ayat Aktif: Ayah telah mencuci kereta pada minggu yang lepas. Ayat Pasif: 1)Kereta telah dicuci oleh ayah pada minggu yang lepas. 2)Pada minggu yang lepas, kereta telah dicuci oleh ayah.Kedua-dua ayat pasif yang diberikan adalah betul.Lain-lain11.04.2017
1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali.1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat.
2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali.
Tatabahasa16.08.2015
1.Sepakan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (AYAT betul atau salah) 2.warna baju Mira semakin luntur/lusuh selepas dicuci berulang kali. (Perkataan yang mana satu betul luntur atau lusuh) Diharap dapat jawapan segera.1. Tendangan tajam Ramli berjaya menghasilkan gol kemenangan pasukannya. (Penggunaan perkataan "tendangan" lebih gramatis).
2.  Warna baju Mira semakin luntur selepas dicuci berulang kali.
Tatabahasa20.05.2014
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah gramatis? 11Pakaian itu dicuci dengan tangan oleh ibu kerana mesin basuh rosak. 12Adik begitu gembira sekali apabila ayah membelikannya basikal. 13Ketua kampung berharap agar yang menjadi penghuni kampung ini. 14Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim 15Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa. 16Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 17Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga. 18Beg itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. 19Usahlah dirisaukan dengan masalah yang ringan itu. 20Beberapa orang mendapat cedera ringan dalam kemalangan itu. 21Soalan-soalan dalam ujian itu ringan dan dapat diselesaikan sahaja. 22Farah tidak lalu hendak makan di gerai yang kotor ituAyat-ayat di atas betul kecuali ayat-ayat yang dinyatakan di bawah:

13) Ayat ini tergantung. Siapakah yang diharap untuk menjadi penghuni kampung tersebut?
19) Ayat yang lebih tepat ialah "Usahlah risau akan masalah yang ringan itu".
21) Buang perkataan sahaja.
Tatabahasa13.05.2020
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ.....1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 
3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah  
5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul.
Tatabahasa06.03.2012
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci?

Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. 

Tatabahasa30.07.2009
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Tinggalkan lantai itu seadanya. Saya akan mencuci sebentar lagi. Apakah maksud ayat ini?

Ayat “Tinggalkan lantai itu seadanya, saya akan mencuci lantai tersebut sebentar lagi.” bermaksud lantai tersebut tidak perlu dicuci kerana pihak yang memaklumkan hal ini akan mencuci lantai tersebut sebentar lagi.

Perkataan “tinggalkan” dalam konteks ayat tersebut merupakan bahasa percakapan yang sesuai dimasukkan dalam dialog dan bukannya dalam ayat standard.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan.

Tatabahasa06.01.2025
12

Kembali ke atas