Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seperti ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Melupakan kebaikan orang kepadanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul "seperti ulat lupakan daun atau seperti ulat lupa akan daun"? Kami DBP tulis seperti ulat lupakan daun tetapi cikgu kata seperti ulat lupa akan daun.Kedua-duanya boleh digunakan.
"Seperti ulat lupakan daun" ialah  sebutan mengikut peribahasa yang ditinggalkan sejak turun-temurun dalam bentuk lisan. "Seperti ulat lupa akan daun" disebut oleh guru mengikut tatabahasa yang betul.  Perkataan "kan" pada "lupakan" itu bermaksud "akan" 
Sastera05.09.2016
Apakah ayat yang betul untuk pergerakan ulat. Contoh Ulat bergerak seperti jari tangan menjengkal. Adakah ini benar?Jikalau salah, apakah pergerakan ulat bulu yang benar?Kami mencadangkan perkataan yang sesuai untuk pergerakan ulat bulu ialah merayap.Lain-lain27.10.2021
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu.Beluncas tidak menggantikan ulat buluBeluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya.Istilah20.10.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan gendang besar dan ulat naik daun? Adakah kedua-duanya merupakan simpulan bahasa?"Gendang besar" ialah frasa nama yang bermaksud gendang yang besar. Ungkapan "ulat naik daun" tidak ada dalam sumber rujukan kami. dan tidak ada juga dalam senarai peribahasa. Untuk maklumat lanjut lihat <a href="http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ulat+&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ulat+&d=11a> dan klik Kamus dan Istilah serta Peribahasa.Makna19.06.2012
apakah maksud umpama ulat dalam batu?Peribahasa yang betul ialah Ulat dalam batu pun Hidup Juga, bermaksud orang yang rajin berusaha tidakakan mati kelaparan.Makna23.06.2008
Kain sutera itu diperbuat daripada ulat sutera atau Kain sutera itu diperbuat dari ulat sutera, mana satu betul ?Ayat yang betul ialah "Kain sutera itu diperbuat daripada sutera"Tatabahasa25.03.2023
Selamat pagi. apakah maksud peribahasa ulat makan daun ? Terima kasih.Peribahasa seperti ulat lupakan daun bermakna, orang yang tidak menghargai jasa atau pertolongan orang lain.Makna13.05.2005
Salam Sejahtera, Wujudkah peribahasa "ulat bulu naik daun" atau ia merupakan bahasa percakapan sahaja? Jika wujud mohon jelaskan maskudnya. Terima kasih.Frasa tersebut tidak wujud dalam peribahasa bahasa Melayu.Tatabahasa14.09.2012
Kami sedang membuat notis bagi ulat tiket di KLIA. Dalam bahasa inggeris adalah "No solicitation is allowed within the terminal". Apakah penterjemahan solicitation bagi konteks ini? Adakah "sebarang penjualan secara haram/tidak sah adalah tidak dibenarkan?" Saya juga boleh dihubungi di norawaina@malaysiaairports.com.my. Terima kasih.

Kami mencadangkan supaya ayat tersebut ditambah perkataan tiket untuk menerangkan secara khusus mengenai penjualan tiket haram.

"sebarang penjualan tiket secara haram/tidak sah tidak dibenarkan"

Lain-lain22.09.2022
12

Kembali ke atas