| Ayat manakah yang betul? A) Program itu telah didaftarkan di bawah akta pendidikan. B) Program itu telah didaftarkan bawah akta pendidikan. | Jawapan yang betul ialah A) Program itu telah didaftarkan di bawah akta pendidikan. | Lain-lain | 16.11.2010 |
| Assalamualaikum, Saya nak bertanya tentang kaedah penulisan nama pertubuhan yang didaftarkan. Contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, adakah cara penulisannya dalam mana-mana bentuk tulisan menggunakan seluruh huruf besar untuk merujuk singkatan nama parti itu? Atau memadai seperti tulisan nama pertubuhan biasa yang lain dengan hanya menulis huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja sebagai kata nama khas? | Waalaikumsalam, Jika pertubuhan ini didaftarkan dengan menggunakan singkatan yang berhuruf besar keseluruhannya, maka cara penulisan singkatan nama parti perlu menggunakan huruf besar, iaitu IKATAN. Walau bagaimanapun untuk penulisan nama pertubuhan boleh menggunakan huruf besar pada perkataan pertamanya sahaja. | Lain-lain | 19.06.2019 |
| Saya dari Majlis Daerah Selama saya ada pertanyaan mengenai iklan premis yang melibatkan nama syarikat yang telah didaftarkan melalui SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) adakah itu bersalahan atau tidak.. dengan ini saya sediakan contoh papan iklan premis tersebut.. | Untuk makluman tuan, nama syarikat yang telah didaftarkan tidak boleh diubah. Apa yang perlu dibuat ialah menambah keterangan aktiviti kedai atau syarikat dalam bahasa Melayu di bahagian atas nama syarikat. Contohnya sekiranya ia sebuah pejabat, tambah perkataan "Pejabat Urusan" di sebelah atas nama syarikat, atau sekiranya ia sebuah kedai yang menjual barangan getah, tambah perkataan "kedai barangan getah". | Lain-lain | 13.02.2014 |
| jika saya mahu membuat papan iklan di premis saya, adakan perkataan atau ayat berikut sesuai - B ONE Apparels | Perkataan 'B ONE Apparels' ialah nama kedai, jika telah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat nama itu boleh digunakan. Sebaliknya jika belum didaftarkan, saudara hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang menggambarkan citra kebangsaan. Nama kedai diletakkan di bahagian tengah dan teksnya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. Sila kenal pasti keterangan aktiviti syarikat tuan/puan, contoh BUTIK atau lain-lain yang berkaitan. Suka juga kami memaklumkan, DBP tidak mengesahkan nama syarikat, apa yang perlu ada di bahagian atas ialah keterangan aktiviti syarikat. Sila hantar visual iklan tuan/puan ke domain http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 01.08.2017 |
| saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkataan KITOSAN . Adakah perkataan ini dimuatkan didalam kamus resmi Bahasa Malaysia , dan jika ada termaktub sebagai perkataan resmi, bilakah tarikh ianya didaftarkan. | Kata Kitosan merupakan istilah dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan tarikh kata tersebut didaftarkan. | Istilah | 02.08.2022 |
| Saya mahu buat signboard yang akan diletak di luar pejabat. Nama yang akan digunakan ialah Ad'deen EduCenter. Boleh kah saya gunakan perkataan Educenter tersebut kerana ianya ialah nama yg didaftarkan di SSM. Terima kasih. | Jika nama yang telah didaftarkan di SSM boleh sahaja digunakan untuk paparan dalam iklan. Tuan/puan perlu menambah keterangan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN yang perlu diletakkan disebelah kiri atas iklan. Untuk pengesahan iklan, tuan boleh layari laman web pengesahan iklan DBP melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/ | Lain-lain | 30.06.2016 |
| Hi, i tak faham kenapa permohonan saya tidah lulus. kindly advise. thanks No permohonan : 93877/2022 Nota : Sila gunakan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan SSM (NJOTA SOLUTION. Jika telah berdaftar di MyIPO, catat no TM pada Maklumat tentang Iklan pada menu untuk makluman. | Untuk makluman tuan, hanya nama permis yang telah didaftarkan dengan SSM atau MyIPO sahaja dibenarkan (NJOTA SOLUTION) sebagai nama premis. Jika tuan ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan baik dan betul. Sekiranya mahu dikekalkan nama yang sedia ada, sila daftarkan dahulu "COFFEE HOUSE" dengan MyIPO dan maklumkan nombor surat/sijil tersebut dalam sistem permohonan untuk makluman pegawai penyemak. Harap maklum. | Lain-lain | 23.09.2022 |
| benarkah perkataan Hazard sudah didaftarkan bahasa melayu. melalui mesyuarat jawatankuasa Isitilah semasa DBP bil.64. Trrima kasih | Salam tuan, Ya benar. Perkataan hazard telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa Bil.65 pada 10 September 2020 dengan justifikasi menepati peraturan pembentukan kata, seperti istilah standard. Sekian. | Lain-lain | 15.04.2021 |
| ADAKAH PERKATAAN 'TIM' DALAM BAHASA INGGERIS 'TEAM' DIDAFTARKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU DAN BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM PENGGUNAAN SEHARIAN | Padanan team dalam bahasa Melayu ialah pasukan atau kumpulan. | Istilah | 08.11.2009 |
| Salam. saya nak tanya. Adakah perkataan 'bisnes' telah didaftarkan sebagai bahasa melayu. terima kasih. | Waalaikumsalam. Perkataan "bisnes" tidak diterima dalam bahasa Melayu (padanan bahasa Melayu bagi "business" ialah "perniagaan"). Perkataan "busines" bukan bahasa standard, hanya digunakan dalam bahasa percakapan yang banyak dipengaruhi bahasa Inggeris. | Istilah | 15.04.2015 |