Kenapa peribahasa "Ke bukit sama didaki" bukan "ke gunung sama didaki"? | Peribahasa merupakan salah satu sastera lisan yang dituturkan dan disebarkan daripada satu generasi kepada satu generasi sebagai warisan kearifan dan pemikiran sesebuah bangsa. Peribahasa yang dicipta pula berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat berdasarkan sosial budaya termasuklah keadaan geografi sesebuah masyarakat itu tinggal. Oleh itu, peribahasa "ke bukit sama didaki" ini dapatlah menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat yang mencipta peribahasa ini tinggal di sekitar kawasan bukit yang menjadi latar suasana dan seterusnya membentuk kehidupan masyarakat tersebut sehingga mempengaruhi pemilihan kata untuk peribahasa berkenaan. | Sastera | 10.03.2024 |
Apakah maksud peribahasa "ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni"? | Peribahasa yang betul ialah "Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi" bermaksud "Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan". | Lain-lain | 01.11.2009 |
Adakah peribahasa ini betul? Bukit sama didaki, lurah sama dituruni | Ya, Betul. | Sastera | 17.07.2018 |
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki | 1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Salam sejahtera. Apakah peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut "Datuk Mugilan sentiasa percaya bahawa kejayaan syarikatnya itu adalah disebabkan oleh komitmen para pekerjansya". Sekian, terima kasih. | Cadangan peribahasa yang betul ialah: 1. Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing 2. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni 3. Bagai Aur dengan tebing 4. Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat 5. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | Lain-lain | 07.08.2022 |