Salam, "didasarkan pada" atau "didasarkan kepada? Atau kedua-duanya betul mengikut konteks ayat? | Jawapan yang betul ialah "didasarkan pada". | Lain-lain | 18.08.2022 |
Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
apakah erti tamadun | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Makna | 08.01.2010 |
APAKAH ERTI TAMADUN ISLAM? ATAU, APAKAH ERTI TAMADUN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun ialah 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Istilah | 11.12.2009 |
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang? | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.
| Lain-lain | 11.07.2009 |
Bagaimana untuk saya membeli software Kamus/Dewan Eja untuk kegunaan kami di pejabat. Terima kasih | Salam tuan budiman, Mendapatkan Perisian Dewan Eja Pro DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan bolehlah mendapatkan Dewan Eja pro ini melalui: E-mel: support@tntsb.com Laman sesawang: www.tntsb.com Facebook: Dewan Eja Pro Telefon: 03-83193388 Alamat: 4800-2-6 CBD Perdana, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Malaysia, Produk: Dewan Eja Pro 1 0 for MS Office Dewan Eja Pro 10 for Adobe Indesign & InCopy Kamus Pro for Android Kamus Pro for iOS EjaPro MobileKamus Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.01.2021 |
Salam, saya ingin tahu tentang penggunaan perkataan tamadun. adakah ia merujuk kepada zaman dahulu sahaja atau boleh juga digunakan pada masa kini? contohnya tamadun kelantan. adakah ianya sesuai untuk menceritakan tentang perkembangan negeri kelantan sekarang? | Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi. Tidak ada pengkhususan untuk zaman dahulu atau pada masa kini. | Makna | 25.06.2012 |
bagaimanakah hendak menyemak teks bahasa melayu? apakah perisian yang diperlukan | Untuk makluman puan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di Kedai Buku DBP, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. | Lain-lain | 01.02.2019 |
Apakah cara yang betul untuk menyebut perkataan "label"? Adakah sebutannya sama dengan sebutan Bahasa Inggeris? Bolehkah tunjukkan di mana tempat untuk merujuk cara menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul? Terima kasih. | Cara menyebut perkataan label ialah [la.bel]. Sebutan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi untuk sebutan bahasa Melayu yang betul. | Ejaan | 28.07.2021 |
SALAM.SAYA SEDANG MENCUBA UNTUK MENERBITKAN BUKU,TETAPI SAYA TAK PASTI SAMADA PERKATAAN YANG SAYA GUNAKAN ITU BETUL DARI SUDUT EJAAN DAN JARAK SAMADA JAUH ATAU DEKAT. ADAKAH SATU SOFTWARE YANG BOLEH MENYEMAK KESALAHAN EJAAN DALAM BAHASA MELAYU? | Untuk makluman puan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. | Lain-lain | 03.02.2010 |