Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didedahkan

Peribahasa

Kura-kura di kaki ditinggalkan,
     penyu di pantai dikejar.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, dengan penularan wabak Covid-19 sekarang, kita sering didedahkan dengan istilah “frontliner”. Di dalam kamus istilah bahasa melayu diterjemahkan kepada “baris hadapan”. Adakah istilah ini boleh diguna pakai bagi pekerja “frontliner” dalam menangani covid-19? Seperkara lagi, bolehkah menggunakan kata pensanitasi tangan bagi menggantikan hand sanitizer? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan frontliner ialah barisan hadapan, dan  hand sanitizer ialah pensanitasi tangan.Istilah23.03.2020
Terdapat buku rujukan penjodoh bilangan di pasaran. Dalam buku tersebut mereka menggunakan 'sebilah jarum' tetapi selama ini, kami telah didedahkan bahawa kami harus menggunakan 'sepucuk jarum'. Jadi apakah penjodoh bilangan yg sesuai bagi 'jarum'? terima kasihPenjodoh bilangan untuk jarum ialah sebatang.Tatabahasa28.06.2011
saya ingin bertanya mengenai pemurnian bahasa yang berlaku, seperti orang asli menjadi orang asal dan juga beberapa perkataan lain.. kenapa kurang didedahkan? saya ada mendapat beberapa perkataan daripada pensyarah saya seperti tunas wibata. boleh pihak dbp menyenaraikan lagi perkataan-perkataan lain yang telah diwujudkan dalam memurnikan lagi bahasa malaysia agar tidak kasar didengar? terima kasih.Untuk makluman tuan tidak ada perubahan bagi istilah orang asli kepada orang asal. Istilah orang asli telah mantap penggunaannya hatta dalam bidang undang-undang pun digunakan Akta Orang Asli. Pembentukan kata baharu sepertimana lazimnya dimasukkan dalam kamus edisi baharu. Selain itu, media juga memainkan peranan penting dalam penggunaan kata baharu yang dicipta atas keperluan semasa sesuatu bidang. DBP tidak menerbitkan senarai khusus perkataan baharu atau perkataan yang sedia ada tetapi diberi peluasan makna berdasarkan konteks semasa. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.Istilah17.10.2012
Assalamualaikum dan selamat berpuasa, 1. Perkataan stokin dan stoking, bila dirujuk kepada kamus, ianya membawa pengertian yang sama. 2. Istilah mana yang paling tepat untuk digunakan dan didedahkan kepada murid. Jika ejaan 'stokin' yang betul adakah ejaan ' stoking' itu salah dan sebaliknya. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan (Bahasa Melayu - Bahasa Melayu) entri perkataan stoking sahaja yang ada dan padanan sock dalam bahasa Melayu ialah stoking. Oleh itu, ejaan stoking yang paling tepat.  Tatabahasa26.08.2010
Kegagalan murid merangka isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.Dalam sesuatu penulisan, aspek yang penting ialah isi. Kekuatan isi akan mencerminkan pemikiran dan keseluruhan penulisan yang dihasilkan. Murid-murid perlu didedahkan untuk mengenal pasti antara isi dengan huraian. 

Murid-murid perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari isi bagi karangan. Dengan pembacaan, murid-murid akan mudah merangka isi dan mendapai idea untuk menghasilkan penulisan.
Tatabahasa31.03.2013
Mengapakah masih ada papan tanda atau iklan yang dipaparkan tidak menggunakan perkataan yang mempunyai ayat yang lengkap dan formal dan bukannya bahasa kasar@rojak?Oleh sebab itu para pelajar pada masa kini lebih banyak didedahkan kepada penggunaan bahasa yang tidak sistematik..mengapa tidak ada pantauan?sila jelaskan?Sdr. Naruto, usaha pemantauan memang kerap kami lakukan ini termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan Sdr. juga DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan.Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan Terima kasih.Lain-lain14.09.2007
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya.Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian.Tatabahasa03.07.2013
Muhammad Z Nurdin MON 21:05 Persoalan saya adakah DBP tidak mahu membuat kajian lanjut terutamanya bagaimana perkataan-perkataan berkenaan mungkin ditulis dalam tulisan jawi yang merupakan tulisan asal Bahasa Melayu. Bilakah DBP hendak buat kajian...? 10 tahun yang lalu saya pernah bertanyakan tentang maksud asal istilah 'patik', 'paduka', 'duli yang maha mulia', namun jawapan DBP tetap sama (statik) iaitu rujuk kamus dewan bahasa edisi ke-4. Banyak istilah dari sanskrit digunakan tapi rakyat tidak didedahkan dengan jujur apa maksud istilah itu sebenarnya dlm bahasa asal...Etimologi kata Melayu yang bersumberkan daripada bahasa Sanskrit tidak ada dalam sumber rujukan DBP. Melalui carian kami di internet menemukan senarai kata berkenaan di https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kata_pinjaman_dari_bahasa_Sanskrit_dalam_bahasa_Melayu. Dalam hal penggunaan kata dan makna, sumber rujukan utama kami ialah Kamus Dewan, dan Kamus Dewan tidak memasukkan data etimologi kata, kecuali sebilangan kata yang ditandakan sebagai dialek negeri, kata Indonesia dan kata Brunei.Lain-lain03.04.2017
salam, ingin tahu apakah terjemahan untuk perkataan Non Disclosure Agreement (NDA)? terima kasih Tuan /Puan. wassalam, linmdUntuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Non-Disclosure Agreement (NDA)?”. Akan tetapi, menurut umum, “Non-Disclosure Agreement (NDA)” bermaksud terdapat satu kontrak yang sah antara dua atau lebih pihak yang menandakan wujudnya hubungan antara pihak yang terlibat. Hubungan tersebut merujuk maklumat yang akan dikongsikan antara pihak terbabit tetapi tidak boleh didedahkan kepada orang awam. Untuk lebih terperinci, tuan/puan boleh menghubungi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).  Penyemakan dan penterjemahan12.11.2015
Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih.Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas.Lain-lain14.03.2012
12

Kembali ke atas