Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didengar

Puisi
 

Orang dagang makan di dulang,
     Sayang kerbau beri bertali;
Dari malu didengar orang,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Yang dimakan rasa,
     yang dilihat rupa,
yang didengar bunyi.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap?Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa).Tatabahasa12.09.2008
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk.Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertam­bahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul.Makna14.04.2010
Adakah ayat dibawah betul dari segi tatabahasanya? Rumah itu adalah cantik. Rasanya lebih sedap didengar jika adalah digugurkan.Yang lebih gramatis ialah rumah itu cantik.Tatabahasa17.06.2007
Dalam pengajaran, guru suka mengajar pelajar sekolah rendah dengan memecahkan suku kata bagi pengejaan perkataan, sehingga wujud kata-kata yang sumbang didengar - seperti bi - a - dap, bi- a- ya, bu- a- yan. Bagaimanakah kata- kata tersebut dilafaz dalam sebutan baku?Sebutan bakau ialan sebutan standard yang telah diterima pakai dengan sewajarnya. Oleh itu, penyebutan yang betul ialah seperti penyebutan yang sedia diterima pakai oleh masyarakat umum. Sebutan yang betul ialah "biyaya bagi "biaya" , biyadap bagi "biadap" dan buwaiyan bagi "buaian"Lain-lain18.09.2014
Penggunaan perkataan 'adalah' dan 'ialah' oleh masyarakat kita masa ini tidak tepat saperti "Pemenang adalah ...", "Objektif persatuan adalah ...." dan dsb. Perkara ini kerap didengar melalui tv dan radio. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang dilakukan oleh DBP untuk membetulkan perkara ini.Pihak DBP dari semasa ke semasa membuat pemantauan, teguran melalui surat atau pertemuan dan pemantauan semula. Pihak DBP juga mengadakan Kursus Penataran Bahasa Melayu kepada pihak media massa bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu yang betul.Lain-lain14.05.2010
Apakah perbezaan riuh dan bingit ? terima kasih.Riuh bermaksud bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain), manakala bingit bermaksud tidak sedap, kurang senang (didengar).Makna18.11.2008
walkman=?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan walkman ialah walkman, iaitu pemain atau perakam atau kedua-duanya sekali yang kecil yang boleh dibawa ke mana-mana dan didengar melalui fon telinga.Lain-lain04.04.2010
unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa.

Lain-lain26.01.2008
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq

Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3.  tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya,  bergantung pada konteks penggunaannya.

Makna09.09.2011
Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan perkataan 'empuk' hanya merujuk kepada makanan. Jika situasi ini benar, maka penggunaan kerusi empuk, tilam empuk, sofa empuk dan lain-lain adalah salah. Bagaimanakah pula dengan perkataan 'sedap'? Adakah 'sedap' hanya merujuk kepada makanan? lBolehkah klausa lagu yang sedap didengar, sedap mata memandang, dan lain-lain digunakan ?Menurut Kamus Dewan, perkataan empuk mempunyai pelbagai maksud, selain bermaksud mudah dikunyah (berkenaan makanan), empuk juga bermaksud tidak keras, iaitu lembut yang merujuk kerusi dan tilam. Begitu juga dengan perkataan sedap selain merujuk makanan yang enak, sedap juga merujuk sesuatu yang sedap didengar (berkenaan bunyi, muzik).Makna11.05.2010
1234

Kembali ke atas