"Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: 1. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarinya. Atau.. 2. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarnya. Mohon penjelelasan. Terima kasih." | Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: Imbuhan 'i' boleh bergabung dengan semua kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kata kerja. akhiran-i akan membentuk kata kerja ktransitif dan wujud dengan awalan Men- atau -di. Kata kweja yang hadir dengan akhiran -i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk iaitu : (i) dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (ii) dalam ayat suruhan. Contoh yang dikemukakan harus diteliti sebagai apitan di-...-i bukan sebgai akhiran -i semata-mata. Ayat yang betul ialah : Seseorang boleh mendapatkan maklumat daripada sumber yang didengarnya. Bentuk di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i. Benrmaksud perkataan yang berimbuhan di-...-i harus diikuti dengan perkataan oleh. Sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 186 dan 208. | Tatabahasa | 06.10.2013 |
Apakh istilah atau nama yang diberikan kepada binaan di atas kubur? Perkataan yang sering didengari ialah, kepuk@kepok@kebok | Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul ialah "kepuk" yang bermaksud binaan berbentuk segi empat daripada kayu, konkrit atau marmar dan sebagainya, yang dibina di sekeliling kubur. | Ejaan | 18.03.2023 |
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu. | Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut. | Lain-lain | 01.04.2009 |
Yang manakah ungkapan yang betul? Terima kasih diucapkan kepada YB Senator di atas jawapan yang diberikan. atau Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas jawapan yang diberikan. Ungkapan yang pertama kerap didengari semasa Langsung Dari Parlimen. Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah "terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas jawapan yang diberikan." | Lain-lain | 30.03.2022 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, pencarian istilah DBP menterjemahkan "asphalt" kepada "asfalt". Bukankah terdapat istilah "turap" yang kebiasaannya digunakan? (cth: jalan berturap). Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Saya juga ingin bertanya, yang mana lebih tepat: 1) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGAR esok; atau 2) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGARI esok. Terima kasih. | Waalaikumussalam... Menurut Istilah MABBIM daripada data kami maksud asphalt dari bidang geologi ialah asfalt. Maksud asfalt ialah dari bidang fizik dan geografi ialah: 1. bahan berbitumen yang berbentuk separuh pepejal, berlekit, berwarna hitam, dan terdiri daripada campuran alkana, hidrokarbon aromatik, dan sebatian hidrokarbon yang lebih kompleks. 2. Bahan perintang asid dalam cetak guris. Ayat yang betul ialah mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut didengari esok. Sekian terima kasih. | Istilah | 22.01.2018 |
Apakah perkembangan terkini mengenai istilah Orang Kelainan Upaya? Adakah DPB telah mengisytiharkan secara rasmi penggunaannya menggantikan istilah Orang Kurang Upaya? | Istilah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU telah diterima pakai penggunaannya. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan dalam hal ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan penggunaannya. | Istilah | 04.01.2014 |
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Soalan saya. 1. Adakah sesuai penggunaan perkataan kepemimpinan dalam ayat ini? "namun sikap yang ada pada Ainur Mustika sudah berjaya untuk membuktikan bahawa walaupun wanita itu tidak terlibat secara langsung dalam proses kepemimpinan, mereka mampu menyuarakan pendapat seiring dengan pemimpin supaya cadangan mereka didengari." 2. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan dengan terperinci perbezaan penggunaan istilah kepimpinan dan kepemimpinan?Saya kurang faham akan maksudnya dalam kamus dewan. 3. Adakah saya dikira salah jika menggunakan istilah kepimpinan jika sepatutnya istilah kepemimpinan saya gunakan? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemimpinan bermaksud keupayaan sebagai pemimpin. Pada pandangan kami apabila melihat kepada perbuatan perkataan kepimpinan yang digunakan, manakala apabila melihat kepada ketokohan dan digunakan dalam konteks yang lebih besar perkataan kepemimpinan lebih sesuai digunakan. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti sesuai dengan konsep makna dan konteks penggunaannya. Dan perlu diingat kepimpinan dan kepemimpinan bukanlah suatu proses tetapi keupayaan. | Tatabahasa | 03.10.2013 |
Selamat Petang, Saya dari syarikat pengiklanan kini sedang membuat iklan TV untuk klien kami. Saya ingin membuat semakan untuk penggunaan istilah "Cetane Booster". Jika disemakan dalam Carian Kata, istilah yang diterjemahkan adalah "Penggalak Setana". Soalan saya, bolehkah kami mengekalkan istilah ini dalam Bahasa Inggeris tanpa perlu diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia untuk penggunaan iklan dalam TV? Sebabnya, ia adalah istilah yang tidak biasa didengari oleh orang awam dan akan keluar di dalam TV nasional seluruh negara. Disertakan bersama ini lampiran rujukan "storyboard" untuk pihak DBP. Mohon kelulusan pihak DBP untuk kebenaran menggunakan istilah ini dalam iklan TV kami. Terima kasih, Lidia Romli | Terjemahan istilah bagi Cetane Booster ialah Penggalak Cetana. Jika Istilah ini telah didfatarkan tuan/puan boleh menggunakannya di iklan televisyen. Sekiranya tidak didaftarkan tuan/puan perlu menterjemahkan dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa. | Makna | 08.11.2016 |
Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya. | Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. | Istilah | 31.05.2011 |
Sejahtera dan selamat pagi! semasa saya membuka kamus Melayu-Inggeris dan juga "google translate" saya merasa kecewa dan sedih melihat bahasa Melayu. Setiap bahasa memiliki kata sapaannya yg tersendiri, seperti bahasa Inggeris menyebut "Hello!", bahasa Cina menyebut "Nihao!", bahasa Tamil menyebut "Vanakkam!" dan sebagainya. Tapi alangkah sygnya bahasa Melayu tidak ada. Bahasa Melayu meminjam daripada bahasa Inggeris utk perkataan "helo". Apa salahnya memadankan perkataan yg lebih bersifat Melayu spt "Sejahtera!", "Damai!", "Amboi!', "Ampun!", "Tabik!", "Sana!", "Salam!" dan sebagainya? banyak kali saya menasihati, tapi tidak ada pernah didengari. Memang bagi kita, hal itu kecil tetapi bagi anak-anak bangsa kita akan datang pasti mereka tidak merasa bangga dgn leluhur mereka kerana sikap kita yg terlalu menginggeriskan bahasa Melayu sekarang. Maaf sekadar menasihati dan semoga ianya dpt membuka mata kita semua dan semoga bahasa kita terpelihara keasliaannya. Sekian, terima kasih! | Syabas atas keprihatinan tuan. Pelbagai promosi penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan telah diadakan sejak sekian lama, namun hasilnya belum boleh dibanggakan kerana tahap kepedualian masyarakat terhadap usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan bukanlah pada tahap yang tinggi. Semoga usaha berterusan ini dapat menarik minat dan keprihatinan masyarakat untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 13.02.2017 |